25 April
2016 12:14 AM
PEMAIN-pemain
Manchester United meraikan kejayaan melangkah ke babak akhir Piala FA selepas
menyingkirkan Everton di Stadium Wembley, London, kelmarin. AP
LONDON 24
April – Pengurus Manchester United, Louis van Gaal enggan membincangkan
mengenai masa depannya di Old Trafford, sebaliknya hanya mahu memberi tumpuan
terhadap Piala FA selepas membawa pasukannya mara ke final dengan menewaskan
Everton 2-1, semalam.
Siapa pun
lawan yang bakal ditentang - Crystal Palace atau Watford, United menjadi
pilihan untuk merangkul kejuaraan Piala FA buat kali pertama sejak 2004 apabila
beraksi dalam perlawanan akhir di Wembley, 21 Mei ini.
Ketika
ditanya, apakah masa depannya mungkin selamat seandainya dia berjaya memastikan
United menutup kempen dengan satu kejuaraan, Van Gaal menegaskan: “Saya tidak
mahu memikirkan perkara yang terlalu jauh, saya hanya mahu memberi tumpuan
kepada Piala FA.”
Dengan Jose
Mourinho dan pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino sering
disebut-sebut sebagai individu berpotensi menggantikan Van Gaal, namun masa
depan pengurus kelahiran Belanda itu kekal menjadi bahan spekulasi.
Van Gaal
sering dikritik ekoran prestasi tidak menentu yang ditunjukkan United musim ini
biarpun sudah berbelanja besar untuk mendapatkan bintang-bintang dunia.
Kemuncak
kemarahan penyokong adalah apabila pasukan itu tersingkir daripada saingan Liga
Juara-Juara selepas gagal melepasi peringkat kumpulan.
Malah, skuad
Red Devils juga berdepan risiko gagal melayakkan diri ke kejohanan kelab elit
Eropah itu musim depan selepas menduduki tangga kelima liga ketika ini.
United
ketinggalan empat mata di belakang Arsenal dalam perebutan kelompok empat
teratas Liga Perdana, iaitu kedudukan untuk layak ke Liga Juara-Juara.
Dalam pada
itu, Van Gaal juga enggan mengulas soalan adakah Piala FA sahaja yang akan
menyinari United pada musim ini.
“Bukan hak
saya untuk menghakiminya. Ahli lembaga Menchester United yang akan membuat
keputusan,” katanya.
Dalam
perlawanan semalam, Everton bergelut pada separuh masa pertama untuk menyamakan
kedudukan selepas Marouane Fellaini membuka jaringan United pada minit ke-34.
Everton
berjaya memperoleh gol penyamaan menerusi jaringan sendiri pertahanan lawan,
Chris Smalling, 14 minit sebelum tamat penamat.
Namun
segalanya musnah apabila pertahanan Everton, Phil Jagielka melakukan kesilapan
hingga memberi ruang buat Anthony Martial menyumbat gol kemenangan di waktu
kecederaan. – AFP
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/hanya-piala-fa-jadi-tumpuan-1.290095#sthash.OZq2xMos.dpuf
No comments:
Post a Comment