Pada hari ini 29.4.1915 telah
bermulanya detik awal penentangan yang dikenali `Perang Tok Janggut' untuk
menentang sistem pentadbiran British di Kelantan. Ianya mula tercetus apabila berlaku
perbalahan di antara Tok Janggut dengan Sarjan Che Wan iaitu seorang anggota
Polis British, yang mana telah berakhir dengan kematian Sarjan Che' Wan. Tok
Janggut atau nama sebenarnya Haji Mat Hassan mengepalai penentangan penduduk
tempatan di daerah Pasir Putih membantah Pentadbiran British yang menimbulkan
rasa tidak puas hati masyarakat tempatan pada masa itu. Campur tangan British
di negeri Kelantan menyebabkan berlaku beberapa perubahan dasar sistem
pentadbiran seperti memperkenalkan sistem pentadbiran cukai baru yang
bercanggah dengan kebiasaan rakyat setempat dan melantik pegawai-pegawai
menggantikan tempat pembesar-pembesar daerah tradisional. Tok Janggut dan
penduduk di situ menentang British dengan dibantu oleh Pasukan Polis yang
kebanyakan datang dari Singapura, berlanjutan sehingga Jun 1915. Akhirnya Tok Janggut dan beberapa pengikutnya
telah berjaya dibunuh oleh Pihak British yang mempunyai angkatan tentera yang
ramai dan peralatan-peralatan senjata moden. Sesungguhnya dengan berlakunya
`Perang Tok Janggut' telah meningkatkan lagi semangat keperwiraan Orang-orang
Melayu Kelantan yang mempunyai semangat juang yang jitu, untuk terus berjuang
menentang pihak penjajah British yang semakin kuat bertapak di Kelantan dan
lain-lain negeri di Semenanjung Tanah Melayu.
http://www2.arkib.gov.my/hids
No comments:
Post a Comment