Ridzuan
Abdul Rahman -mohamadridzuan@hmetro.com.my
Johor Bahru:
Seperti dijangka kumpulan Bocey yang dianggotai oleh Achey, Abam dan Fad
mengungguli persaingan dalam Maharaja Lawak Mega 2016 menewaskan tiga peserta
lain pada pentas akhir, malam tadi.
Program
tumpuan ramai ini disiarkan secara langsung dari Stadium Tertutup Perbadanan
Pasir Gudang.
Kemenangan
itu membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM500,000 dan trofi.
Tempat kedua
dimenangi kumpulan Joras dianggotai oleh Shuk, Rahim dan Joey yang membawa
pulang RM250,000.
Tempat
ketiga menjadi milik Puteh yang dianggotai oleh Mamak dan Ali. Mereka membawa
pulang RM150,000, manakala tempat keempat dimenangi oleh LOL yang dianggotai
oleh Tauke, Angah dan Ajak dan menerima RM50,000.
Hadiah
disampaikan oleh pelawak veteran Wahid Satay manakala Datuk AC Mizal bertindak
sebagai pengacara.
Barisan juri
terdiri daripada Ziana Zain, Shaheizy Sam, Najip Ali dan Bunga Citra Lestari.
Format
pemarkahan adalah 70 peratus daripada juri dan 30 peratus menerusi undian SMS
penonton.
Artikel ini
disiarkan pada : Sabtu, 30 April 2016 @ 1:17 AM
KUMPULAN
Bocey yang dianggotai Achey (kiri) bersama Fad dan Abam (tengah) menunjukkan
trofi yang dimenangi selepas dinobatkan juara. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/134336#sthash.UQ0UbOub.dpuf
No comments:
Post a Comment