14 APRIL
2016
Pemain
Malaysia meraikan kejayaan selepas menewaskan Pakistan dengan jaringan 1-0 pada
Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah malam tadi.
- Foto Bernama
MALAYSIA
meneruskan kemaraan dalam menentukan kedudukan carta apabila menang tipis 1-0
ke atas Pakistan pada perlawanan pusingan awal Kejohanan Hoki Piala Sultan
Azlan Shah ke-25 di Stadium Azlan Shah, di Ipoh, malam tadi.
Jaringan
ketua pasukan, Razie Rahim, menerusi pukulan sudut penalti seawal minit ketiga
membantu skuad negara meraih kemenangan kedua selepas lima perlawanan.
Bermula dari
awal permainan, serangan bertali arus kedua-dua pasukan nyata merancakkan
perlawanan, namun Malaysia yang disokong lebih 5,000 penonton dilihat dapat
mengawal permainan dengan baik.
Pujian juga
harus diberikan kepada skuad negara kerana berjaya mematahkan setiap cubaan
berbahaya Pakistan dan sekali gus mempertahankan kelebihan satu gol sehingga
tamat perlawanan.
Sementara
itu pada sidang media, jurulatih negara, Stephen Van Huizen berkata beliau amat
gembira dengan keputusan itu kerana anak buahnya berjaya mengutip tiga mata
penuh yang amat penting buat 'The Speedy Tigers'.
Katanya
harapan Malaysia untuk layak ake final agak sukar dan beliau hanya menyasarkan
untuk merebut kedudukan ketiga dan keempat.
Mengulas
lanjut mengenai perlawanan menentang India, Jumaat ini, beliau berharap anak
buahnya dapat bermain dengan baik ketika menentang pasukan ranking ketujuh
dunia itu.
Dengan
kemenangan itu, Malaysia kini berada di kedudukan keempat carta dengan mengutip
lapan mata selepas mengharungi lima perlawanan. – Bernama SUMBER SINAR HARIAN 14
APRIL 2016
No comments:
Post a Comment