AIZAWATI
AHMAD |
11 April 2016 12:58 AM
TRACIE ANG
(tengah), Tan Ing Yueh (kanan) dan Farah Ann Abdul Hadi memenangi pingat emas
serta perak dalam Piala Dunia di Slovenia, semalam.
KUALA LUMPUR
10 April – Gimnas artistik negara, Tan Ing Yueh dan Tracie Ang melakar kejutan
meraih pingat emas pada Cabaran Piala Dunia di Arena Stozice, Ljubljana,
Slovenia, hari ini.
Ing Yueh,
20, meraih emas dalam apparatus batang titian, sementara Tracie, 23, memenangi
kilauan pingat yang sama untuk senaman lantai sejurus selepas itu.
Pungutan
13.800 mata membolehkan Ing Yueh menggondol emas, mengatasi atlet tuan rumah,
Adela Sajn yang hanya ketinggalan 00.500 mata di belakang. Gangsa milik Sydney
Soloski dari Kanada dengan 13.200 mata.
Seorang lagi
gimnas Malaysia, Farah Ann Abdul Hadi yang terdahulu merangkul pingat perak
dalam acara palang bertingkat sekadar berada di kedudukan kelima dengan 12.650
mata.
Tracie pula
cemerlang apabila meraih 13.450 mata untuk mengungguli kedudukan pertama
senaman lantai, mengetepikan Soloski yang mengutip 13.300, manakala tempat ketiga
dimenangi atlet Hungary, Dorina Boeczoego.
Farah sekali
lagi menghuni tempat kelima dalam acara tersebut apabila meraih 12.850 mata.
Atlet
kelahiran Selangor itu, terdahulu berjaya menafikan penguasaan tuan rumah
apabila menduduki tangga kedua palang bertingkat dengan mengumpul 13.100 mata,
hanya 0.05 mata di belakang peserta Slovenia, Ivana Kamnikar.
Farah, 21,
yang dipetik kenyataannya menerusi laman sosial Facebook, melahirkan rasa
gembira di atas pencapaiannya itu,
“Saya cuma
mahu berterima kasih kepada jurulatih (Natalia Sinkova) kerana saya berada di
sini disebabkan bantuan beliau. Saya berada di sini kerana beliau banyak
membentuk diri saya sekarang.
“Saya juga
ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan yang begitu bermakna
kepada saya serta bekas jurulatih, Nurul Fatiha yang kini bergelar juri.
“Kepada
keluarga dan semua yang menyokong karier saya, terima kasih banyak-banyak. Saya
sayang anda semua,” kata Farah.
Turut
mengikut jejak langkah Farah adalah gimnas lelaki negara, Teoh Chuen yang
merangkul pingat gangsa acara kekuda pelana pada Piala Remaja Antarabangsa
Berpasukan MAG di Berlin, Jerman.
Teoh Chuen
mengumpul 13.100 mata bagi mengekori juara dari Belgium (13.400 mata) dan naib
juara Rusia (13.200 mata).
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/gimnas-malaysia-tuai-emas-perak-piala-dunia-1.239899#sash.x0r8juVS.dpuf
No comments:
Post a Comment