1.Bincangkan kandungan dan
kepentingan Piagam
Madinah. 20m
Piagam Madinah merupakan sebuah
perlembagaan bertulis yang pertama di dunia. Piagam ini digubal dengan
bimbingan wahyu pada tahun 622 M.. Pembentukan piagam ini telah dipersetujui
oleh orang Islam dan orang bukan Islam khasnya orang Yahudi. Piagam Madinah terdiri
daripada dua bahagian dan mengandungi 47 fasal. Bahagian pertama mengandungi 23
fasal, yang menerangkan tanggungjawab dan hubungan antara orang Islam, iaitu
golongan Muhajirin dan Ansar. Bahagian kedua mengandungi 24 fasal yang
berkaitan dengan hak dan tanggungiawab orang Yahudi terhadap negara Islam
Madinah.
Piagam ini merangkumi aspek
politik, perundangan, agama,sosial, pertahanan dan kedudukan orang
Yahudi.Piagam ini bertujuan mewujudkan satu masyarakat yang harmoni,
mengekalkan perpaduan dan
keamanan serta mempertahankan
Madinah daripada ancarnan musuh. Piagam Madinah membawa banyak
kesan positif terhadap
pembentukan negara Islam di Madinah.
Fasal pertama dalam perlembagaan
mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin kota
Madinah. Baginda diterima
sebagai seorang negarawan yang berwibawa. Baginda bukan sahaja diakui sebagai
pemerintah tertinggi malah juga sebagai ketua hakim. Baginda berkuasa dalam
menentukan dasar-dasar kerajaan dan bertanggungjawab menyelesaikan sebarang
masalah yang timbul dalam kalangan pelbagai kaum di Madinah. Baginda juga
berjaya mewujudkan satu institusi kehakiman dan keadilan berlandaskan
hukum-hukum Islam.
Piagam ini berjaya mewujudkan
sebuah negara Islam yang kuat, aman, utuh dan berdaulat. Keadaan
ini menjadi satu kenyataan
apabila Madinah berjaya menundukkan musuh-musuh seperti Parsi dan Rom
dan menguasai tanah jajahan
mereka. Kekuatan Madinah bergantung kepada penduduknya yang wajib
mempertahankan keamanan dan keselamatan negara. Piagam ini juga mengakui hak
ummah Madinah, iaitu perlindungan nyawa dan harta benda. Sebarang bentuk
pengkhianatan dilarang sama sekali. Mereka juga dilarang mengadakan perjanjian
dengan musuh-musuh Islam.
Hubungan dan tanggungjawab orang-orang
Yahudi dapat diaturkan oleh piagam ini. Orang Yahudi bebas menganut dan
mengamalkan ibadat agama mereka selagi tidak bertentangan dengan Islam. Mereka
juga tidak dibenarkan menindas orang yang lemah. Golongan Yahudi diberi
perlindungan dan jaminan keselamatan selagi mereka mematuhi segala peraturan.
Mereka tidak boleh melaga-lagakan orang Aus dan Khazraj atau menimbulkan
huru-hara. Orang Yahudi akan dihalau keluar dari kota Madinah jika mereka
mencabuli perlembagaan ini.
Perpaduan umat Islam berjaya dibentuk.
Orang-orang Islam diwajibkan hidup bersatu padu dan dilarang bersekutu dengan
musuh. Semangat ukhuwah Islamiah disemaikan. Golongan Muhajirin dan Ansar perlu
bekerjasama demi membina sebuah negara Islam yang kuat. Perpaduan orang Islam
dapat memulihkan ekonomi golongan Muhajirin dan menggiatkan lagi aktiviti
perdagangan di Madinah.Persaudaraan antara orang Islam mewujudkan keamanan.
Permusuhan arfiara orang Aus dan Khazraj juga dapat dihapuskan melalui
penghayatan ajaran Islam. Hubungan baik terjalin antara orang Islam dengan orang
bukan Islam melalui sifat saling menghormati dan tanggungjawab yang kolektif.
Persefahaman dan kerajinan umat Islam menjadikan kota Madinah sebagai pusat
perdagangan yang penting di Semenanjung Arab.
Satu aspek yang ditegaskan dalam piagam
ini ialah konsep persamaan taraf dan keadilan. Piagamini menetapkan
kesamarataan antata semua orang tanpa mengira bangsa, keturunan atau warna
kulit.Keadilan dilaksanakan dengan penuh kejujuran.Keadilan memberikan jaminan
keselamatan nyawa.harta benda, akal, agama dan sebagainya. Piagam ini
mengingatkan masyarakat Madinah supaya sentiasa berlaku adil dan tidak
menganiayai orang lain. Konsep keadilan ini dapat dilihat dengan jelas dalam
sistem ekonomi Islam yang mengharamkan segala bentuk eksploitasi dan penindasan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa
Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi Muhammad SAW boleh diterima pakai oleh
semua semua anggota masyarakat di Madinah dalam pelbagai aspek. Sahifah ini
juga menonjolkan kepimpinan Rasulullah SAW terutamanya dalam menyelesaikan
masalah masyarakat berbilang kaum di Madinah.
2.Jelaskan lima ciri
kepemimpinan yang terdapat pada diri Nabi Muhamammad
s.a.w. 20m.
Pengenalan
Menurut pandangan Islam, manusia
dijadikan Allah SWT sebagai khalifah di muka bumi dan setiap manusia adalah
pemimpin secara langsung atau tidak langsung. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan
pemimpin yang dipilih dan dilantik oleh Allah SWT untuk memimpin manusia ke
jalan yang benar. Kepimpinan baginda terserlah sewaktu baginda berada di kota
Makkah iaitu sebelum menerima wahyu sebagai Nabi dan Rasul. Kepimpinan itu
makin jelas setelah baginda berhijrah ke Madinah.
Isi
Antara ciri kepimpinan Nabi
Muhammad s.a.w. ialah bersifat adil. Isteri baginda iaitu Saidatina Aisyah
binti Abu Bakar al Siddiq menyatakan baginda bersikap adil dalam segala hal
seperti percakapan dan perbuatan. Baginda telah menghapuskan diskriminasi kaum
dengan menghapuskan semangat assabiyah. Baginda juga membela kaum wanita serta
memperkenalkan sistem ekonomi yang adil. Amalan riba dan penipuan yang selama
ini menjadi kebiasaan para pedagang Arab telah diharamkan dan digantikan dengan
ekonomi Islam.
Seterusnya baginda juga seorang
yang bijak. Baginda pintar mengatur taktik dan strategi peperangan. Contohnya,
walaupun tentera Islam cuma seramai 313 orang dalam Perang Badar, namun dengan
adanya strategi bijak yang diatur oleh baginda, mereka berjaya mengalahkan
tentera Musyrikin/Quraisy Makkah yang seramai 1000 orang. Sebagai pemimpin
tertinggi, baginda tidak sombong malah menerima pakai nasihat para sahabat.
Contohnya baginda menerima cadangan Salman al Farisi agar menggali parit
sekeliling kota Madinah untuk menyekat kemaraan tentera musuh dalam Perang
Khandak.
Selain itu, Nabi Muhammad
s.a.w. juga seorang yang berani dan
tegas. Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul yang diutuskan malah juga
seorang pahlawan yang tiada tolok bandingnya. Baginda mengetuai setiap
ekspedisi perang walaupun jumlah tenteranya kecil malah baginda berasa
bertanggungjawab meniupkan semangat jihad dalam kalangan tentera Islam.
Ketegasan baginda pula terserlah dengan menyingkirkan kaum Yahudi Bani Qainuqa’,
Bani Nadhir dan Bani Quraizah dari bumi Madinah setelah melanggar Piagam
Madinah. Mereka telah cuba menimbulkan keadaan huru-hara serta memecahbelahkan
penduduk Madinah. Kesannya, penduduk Madinah kini Cuma terbatas kepada orang
Islam sahaja.
Baginda juga seorang yang cekal. Walaupun
menerima tentangan hebat seawal usaha penyebaran Islam di Makkah, namun baginda
tetap meneruskan dakwah Islamiyah walaupun terpaksa berhijrah ke tempat lain.
Baginda tetap tabah menghadapi tentangan walaupun penentang itu datangnya
daripada ahli keluarga terdekat seperti Abu Lahab yang merupakan bapa saudara
baginda. Pelbagai cara digunakan oleh Quraisy untuk menunjukkan protes mereka
namun usaha mereka itu menemui kegagalan dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w. berjaya
membina sebuah negara Islam Madinah yang mampu menyaingi kota Makkah dari aspek
ekonomi yang ketika itu dipegang oleh kaum Yahudi.
Nabi Muhammad s.a.w. juga
seorang yang berakhlak mulia. Akhlak mulia mampu menarik hati tidak kira kawan
ataupun lawan. Dalam aspek kekeluargaan, baginda merupakan ketua keluarga yang
patut dicontohi ekoran sifat pengasih dan penyayang. Contohnya, baginda sering
membantu isteri memasak, menampal pakaian yang koyak, melayan anak-anak serta
membersihkan rumah. Orang Arab Quraisy menggelarkan baginda ‘al-Amin’ kerana
segala perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai. Baginda juga seorang
pemaaf seperti memaafkan Saidina Umar al Khattab yang pernah menjadi musuh
ketat Islam malah pernah cuba membunuh baginda.
Penutup
Ciri-ciri kepimpinan yang
dimiliki Nabi Muhammad s.a.w. telah diimplementasi dalam dasar-dasar negara.
Sebagai seorang pemimpin, baginda amat dihormati sehinggakan baginda dianggap
seorang negarawan yang ulung.
3.Huraikan sumbangan Salahuddin
al-Ayyubi dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. 20m
1.Latar belakang Salahddin
al-Ayyubi
Pendahuluan
Salahuddin al-Ayyubi merupakan
tokoh yang bertanggungjawab membebaskan kota Baitulmuqaddis daripada kekuasaan
orang Barat.Ketika tercetusnya Perang Salib, nama dan kepimpinan beliau amat
digeruni oleh tentera salib terutamanya setelah berjaya menawan semula beberapa
buah wilayah kerajaan Islam. Beliau juga pernah terlibat dalam peperangan di
Mesir, Palestin, dan Syria.
(a) Menentang tentera salib
Pada tahun I 164 M, Salehuddin
al-Ayyubi telah menyertai ekspedisi ketenteraan Syria bersama bapa saudaranya,
Shirkuh yang dihantar oleh Khalifah Nur al-Din. Mereka berjaya menewaskan
tentera Salib yang berada di bawah pimpinan Amaury I Setelah Shirkuh meninggal
dunia, Salehuddin al-Ayyubi telah dilantik sebagai panglima angkatan tentera
Syria. Pelantikan ini menjadi titik tolak kepada kegemilangan dan
kemasyhurannya.
(b) Menawan kota Baitulmuqaddis
Salahuddin al-Ayyubi menjadikan
Ra'su al-Ma' sebagai pusat gerakannva menuju ke Busra diikuti Karak, Syubak,
dan Tabariah. Ketika pertempuran di Hittin, kemenangan berpihak kepada tentera
Islam. Kemaraan tentera Salehuddin al-Ayyubi tidak dapat dikekang lagi apabila
beliau berhadapan dengan Raja Baitulmuqddis yang hanya dikawal oleh 150 orang
pahlawannya sahaja.Salehuddin al-Ayyubi mengarahkan Raja Baitulmuqaddis, iaitu
Gui of Lusignan dan pemerintah Karak iaitu Raynald supaya menghadapnya. Beliau
kemudiannva telah memancung kepala Raynald kerana sikap biadab pemerintah Karak
tersebut terhadap Nabi Muhammad SAW dan umat Islam.
(c) Mengamalkan dasar tolak
ansur terhadap penganut Kristian
Meskipun orang Islam berjaya menguasai
Baitulmuqaddis, namun orans Kristian tetap diberikan peluang mengunjungi kota
suci tersebut.Melalui perjanjian damai yang dimeterai antara Salehuddin
al-Ayyubi dengan Richard The Lion Heart di Ramalah pada 2 November l192 M orang
Islam bersedia memberikan kelonggaran kepada orang Kristian untuk mengunjungi
dan beribadat di Baitulmuqaddis
(d) Memulihkan dan membangunkan
negara
Salahuddin al-Ayyubi
mengarahkan pembinaan kubu Qal'ah al-Jabal yang terletak di atas bukit bagi
membendung saki-baki musuh yang masih berada di dalam kota Kaherah. DiSinai,
kubu yang hampir sama juga dibina di samping membangunkan Pulau al-Raudah dan
Pulau al-Gizah.
Ibn Jubair pernah menjelaskan
pasar minggu yang besar diadakan pada setiap hari Ahad. Bandar ini dilengkapi
dengan kemudahan dan tempat bersantai.Salehuddin al-Ayyubi telah mengubah
sebuah dewan di istana yang dibina oleh al-Aziz bin al-Muiz dengan
menjadikannya sebuah hospital yang dinamakan Bimaristan al-Atiq.Sebuah gedung
ubatan disediakan bagi membolehkan ubat diagihkan mengikut gred yang ditetapkan
kepada para pesakit. Hospital tersebut juga mempunyai ruangan khas untuk
pesakit wanita. Jaring-jaring besi juga dipasang sebagai pemisah bagi mengelak
pesakit
mental mengganggu pesakit lain.
Memajukan pendidikan
Sebagai individu yang mencintai
ilmu pengetahuan, beliau banyak membina sekolah dan menjemput golongan ulama
dan cerdik pandai ke negaranya. . Beliau memperkenalkan sistem pendidikan
prasekolah yang dikenali dengan nama sistem al-Katib. Mengikut sistem tersebut,
kanak-kanak akan mempelajari al-Quran, menghafal hadis, dan meningkatkan
kemahiran seni khat. Selain itu, mereka juga diajar tentang asas ilmu
matematik, syair, kata-kata hikmat, dan beribadat seperti solat berjemaah.
Memajukan bidang ekonomi .
Dalam bidang ekonomi, negara
memperoleh sumber pendapatan yang pelbagai seperti jizyah yang dikenakan kepada
golongan bukan Islam, fidyah yang dibayar oleh tawanan perang untuk menebus
diri, harta rampasan perang, dan cukai tanah (kharaj). Cukai-cukai yang
membebankan pada zaman kerajaan Fatimiyyah dihapuskan seperti cukai yang
dikenakan ke atas jemaah haji.
Beliau juga menumpukan
perhatian terhadap sektor pertanian seperti memberi tumpuan kepada penyediaan
dan penyelenggaraan sistem terusan serta teknik-teknik pertanian agar berlaku
peningkatan produktiviti dan mengelak kekurangan bekalan makanan.
Kesimpulannya,kejayaan
Salehuddin al-Ayyubi membebaskan semula Baitulmuqaddis merupakan bukti
palingketara yang beliau sentiasa berusaha untuk memartabatkan agama dan negara
Islam.Rentetan daripada kejayaan tersebut, beliau telah dapat melaksanakan
pelbagai perancanganyang meliputi aspek politik, ekonomi, pendidikan, dan
kebajikan sosial.
4.Bincangan sumbangan
al-Khawaizmi dalam bidang matematik, 20m
Abu Abd Allah Muhammad Ibn Musa
al Khwarizmi merupakan nama sebenar al Khwarizmi. Beliau merupakan tokoh ilmuan
Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang falsafah, lojik, aritmetik,
geometri, muzik, kejuruteraan serta sejarah Islam. Sumbangan beliau mula
terserlah semasa pemerintahan Khalifah al Makmun di Baghdad khasnya dalam
bidang matematik dan dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja.
Kepakaran beliau dalam bidang matematik mendapat pengiktirafan Khalifah
Abasiyyah. Khalifah Harun al Rasyid misalnya melantik beliau sebagai pakar
matematik di Baitul Hikmah. Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Arkib Buku di
perpustakaan istana oleh Khalifah al Makmun.
Beliau juga telah memperkenalkan sistem nombor. Simbol-simbol tertentu
digunakan untuk mewakili nilai-nilai tertentu. Al Khwarizmi merupakan orang
pertama memperkenalkan angka sifar (kosong) dalam matematik. Melalui angka
sifar akan terbit nombor yang mencapai infiniti.
Seterusnya beliau memperkenalkan sistem angka yang sistematik. Sistem ini
membolehkan operasi pengiraan matematik diperluas meliputi operasi kuasa, log
dan kosinus. Sistem ini juga membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang
pesat. Angkasifar yang beliau perkenalkan telah dipinjam oleh bahasa-bahasa
Eropah dengan sebutan ‘cifre’, ‘chiffre’ dan ‘zero’.
Al Khwarizmi turut memperkenalkan sistem al-jabar (algebra). Penggunaan symbol
yang mewakili nombor, nilai atau pembolehubahmembolehkan banyak masalah
pengiraan diselesaikan. Buku yang memperkenal kaedah aritmetik algebra ini
telah diterjemah ke bahasa Latin dan menjadi rujukan pelbagai universiti di
Eropah mulai abad ke12M hinggan abad ke16M.
Selain itu, beliau juga telah memperkenalkan istilah baru dalam ilmu matematik
yang digunapakai hingga ke hari ini. Antaranya ialah pemboleh ubah (x),
pemboleh ubah kuasa dua (x²) dan pemalar (c). Kitab yang beliau hasilkan
mengandungi bab-bab tentang pelbagai topic seperti pengiraan darab, campur,
tolak, bahagi, persamaan, timbangan dan ukuran, luas bulatan dan segi tiga
serta isi padu piramid dan kon.
Al Khwarizmi juga telah menghasilkan ‘al Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa
al-Muqabalah’ yang digunakan dalam urusan pengiraan pembahagian harta pusaka.
Masalah pengiraan yang rumit dan kompleks yang tidak dihurai dalam al Quran dan
hadis dapat diselesaikan dengan mudah.
Memang tidak dapat dinafikan Al Khwarizmi memberi sumbangan besar dalam bidang
matematik. Sumbangan besar ini menyebabkan beliau bukan sahaja disanjung oleh
umat Islam sahaja malah juga dikagumi sarjana-sarjana Barat yang menggunapakai
idea-idea beliau.
5.Bincangkan perkembangan ilmu naqli dan aqli zaman khalifah Abbasiyah
pada abad ke 11M-13M.20m
Kerajaan Abbasiyah telah muncul
sebagai pusat perkembangan ilmu sejak zaman pemerintahan Kharifah Abu Jaafar
al-Mansur dan mencapai kemuncak kegemilangannya pada zaman pemerintahan
Khalifah al-Makmum.
Pada abad ke 11 hingga 13M,
kerajaan Abbasiyah berada di bawah kekuasaan Saljuk. Ilmu pengetahuan dan agama
berkembang pesat dan mencapai kemuncak pada zaman Sultan Malik syah dan dibantu
wazir Nizam al-Mulk.
Nizam al-Mulk bertanggungiawab
membangunkan Madrasah Nizamiyah dan Madrasah Hanafiyah di Baghdad. Lima bidang
keilmuan diajar di Madrasah Nizamiyah .al-Quran,hadis, fiqh dan bahasa Arab.
Galakan pemerintah terhadap perkembangan
ilmu merahirkan ramai ilmuan Islam dalam bidang ilmu naqli seperti
az-Zamakhsyri (tafsir dan teologi), al-Qusyairy (tafsir dantasawuf) dan Imam
al-Ghazali (teologi dan falsafah) dan ilmu aqli seperti Ibn al-Haytham dan Ibnu
Sina (perubatan), Umaral-Khayyam (mathematik) dan Nasaruddin at-Thusi
(astronomi).
Antara faktor kemajuan ilmu naqli dan
aqli zamanAbbasiyah ialah faktor dalaman umat Islam. Faktor dalaman ialah semangat
keilmuan, kesedaran yang tinggi dari pembesar kerajaan, wujudnya pelbagai pusat
kajian dan penterjemahan dan peningkatan kematangan berfikir umat Islam.
Manakala antara faktor luaran umat Islam
ialah tradisi keilmuan wilayah Parsi sebelum perkembangan Islam, adaptasi
terhadap budaya asing terutama ilmu dan falsafah yunani, gerakan penterjemahan
karya asing dan kecenderungan baharu dalam tradisi berfikir(pemikiran
rasional-analisis).
Perkembangan ilmu naqli (keagamaan) pula
ialah ilmu al-quran - tafsir dan qiraat. Kajian al-quran tertumpu pada teks
(Tafsir bil Ma'tsur) dan pada kontekstual (Tafsir Birra'yi - (Tafsir Maudhu,i,
Tafsir Adaby, Tafsir Nuzuli dan Tafsir Ilmi). Kandungan ilmu al-quran,ilmu
akidah, akhlak dan syariat (ibadat, muamalat). Tokoh ulama –Zamakhsyui dan
karyany a, al_Khosysyaf
Perkembangan ilmu seterusnya ialah
Sunnah atau hadis .Antara disiplin ilmu
ini ialah ilmu hadis, sanad, Nasakh wa Mansukh, dan rain-lain. Tokoh ilmu hadis
- Zamakhsyari dan karyanya al-Faiq.
Perkembangan ilmu seterusna ialah ilmu
kalam iaitu pemikiran ketuhanan (teologi) ekoran berkembangnya kecenderungan
berfikir secara rasional sehingga kajian ketuhanan tidak lagi berdasarkan pada
dalil agama tetapi telah mengarah kepada kedalaman pemikiran terhadap dogma.
Tokoh ilmu kalam ,Imam al-Ghazali dan karyanya, Maqasid al-Falasifah dan
tahafut al-Falasifah,Imam al-Qusyairy an-Naisabury dengan karyanya RisaIatul
Qusyairiyah
Perkembangan ilmu aqli juga berkembang
pesat pada zaman Abbasiyah. Ilmu pertama ialah falsafah. Falsafah ialah induk
kepada ilmu aqli kerana daripada falsafah ini,maka berkembanglah ilmu-ilmu
lain. Zaman Abbasiyah berlaku perkembangan ilmu falsafah akibat pengaruh Parsi
dan Yunani. Tokoh ilmu falsafah - Imam al-Ghazali dengan karyany a Tahafut al –FaIasifah.
Perkembangan ilmu seterusna ialah Seni
sastera. Antara tokoh dalam bidang ini ialah Farid al-Din al-'Aththar dengan
karyanya Manthiq al-Thayr dan Umar Khayyam dengan karyanya Rubaiyat.
Ilmu Perubatan juga turut berkembang pada zaman Abbasiyah. Perkembangan ilmu kedoktoran
zaman Abbasiyah mengalami tiga peringkat. Zaman permulaan, kemajuan dan
kemunduran. Tokoh perubatan Islam antaranya Jabir Ibn Hayyam (Kitab
al-Kimya),Ikhwan as-Safa (Rasa'il lkhwanas - Safa'wa Khullan al-Wafa), Ibn
al-Hayth am (Kitab al Manazir dan Risalafil-Daw') dan Ibnu Sina (al-Qanun
FiTibb).
Astronomi juga turut berkembang pada zaman
ini. Antara tokohnya ialah Nasiruddin Ath-Thusi (AlMutawassithat Bain
Al-Handasa wal Hai'a) dan Abu Wafa' -pakar trogonometri.
Bidang ilmu aqli seterusnya
ialah Matematik. Antara tokohnya ialah Umar Khayyam yang terkenal dalam bidang
algebra ('Mazalatfi al-Jabr wa alMuqabila). Dalam bidang geometri pula, beliau
banyak membuat kajian-kajian yang menjurus kepada pembentukan teori garisan selari.
Kesimpulannya kerajaan Bani Abbasiyah telah
telah berjaya meningkatkan perkembang ilmu aqli dan naqli antara abad ke-11
hingga ke-13M. Para sarjana Islam telah banyak menguasai bidang ilmu seperti bidang
ilmu naqli seperti
tafsir.teologi,tafsir, tasawuf teologi dan falsafah dan ilmu aqli seperti
perubatan,matematik dan astronomi.
6.Bincangkan reaksi masyarakat Mesir
terhadap kuasa Barat pada abad ke-20.20m
Tentera
Perancis di bawah Napoleon Bonaparte telah menceroboh Mesir pada pertengahan
tahun 1798 setelah menewaskan tentera kerajaan Mamluk yang memerintah Mesir
ketika itu. Perancis menduduki Mesir selama tiga tahun.Selepas itu, British
menceroboh Mesir pada tahun 1882.
Perancis
yang muncul sebagai satu kuasa revolusi yang agresif telah berjaya menundukkan
sebahagian daripada kerajaan beraja di Eropah. Namun begitu, Napoleon berasa
belum puas selagi musuh utama Perancis iaitu Britain, sebuah negara yang
mengamalkan sistem pemerintahan monarki ditewaskannya.
Napoleon
telah mengambil langkah untuk menakluk Mesir yang terletak di tengah-tengah
jalan pelayaran bagi melemahkan ekonomi Britain. Dengan menundukkan Britain,
Napoleon berharap menjadi pemimpin teragung di dunia. Bagaimanapun,
kekalahannya di tangan Duke of Wellington menghancurkan cita-citanya itu.
Pada
bulan Mac 1801, tentera Turki Uthmaniyah yang turut dianggotai penduduk Mesir
di samping bantuan daripada pihak British berjaya mengusir keluar tentera
Perancis dari bumi Mesir. Tanpa bantuan tentera British, mungkin Perancis dapat
bertahan lebih lama di Mesir.
Sebelum
meletusnya Pemberontakan Urabi (1881), di Mesir telah muncul dua golongan
penentang terhadap penguasaan asing. Pertama, penentang yang terdiri daripada
golongan awam yang terdiri daripada golongan bangsawan (pasha), ulama, dan tuan
tanah. Kedua, ialah pegawai tentera Mesir (yang berketurunan Mesir asli yang
dikenali sebagai Fellaftin ).
Golongan
awam berhasrat untuk menentang penguasaan asing ke atas bumi Mesir.
Bagaimanapun, golongan kedua iaitu, pegawai tentera pegawai tentera Mesir
menentang kepimpinan Turki-Circassia yang mempunyai taraf istimewa dalam bidang
pentadbiran dan
ketenteraan.
Apabila
ada usaha untuk mengehadkan saiz tentera Mesir, ramai daripada pegawai
berketurunan Fellahin yang diberhentikan perkhidmatan berbanding dengan pegawai
tinggi tentera berketurunan Turki-Circassia yang dikekalkan jawatan mereka.
Dua
golongan ini (golongan awam dan pegawai tentera Mesir) telah bergabung mendokong
dasar nasionalisme Mesir apabila bangsa Eropah menunjukkan permusuhan terhadap
mereka.
Pergerakan ini bersatu di bawah
pimpinan Kolonel Ahmed Urabi yang bercita-cita mengusir bangsa Eropah
seluruhnya dari bumi Mesir.
Urabi
menubuhkan sebuah pertubuhan sulit dalam tentera bagi mengatasi masalah
diskriminasi sosial, kemelesetan ekonomi dan keruntuhan akhlak masyarakat
Mesir.
Urabi dengan galakan daripada wakil pemerintah
Turki Uthmaniyah di Mesir iaitu Khedif Ismail telah menubuhkan sebuah parti yang
dikenali sebagai Parti Kebangsaan (Hizb al-Watani) yang berjuang menghapuskan
pengaruh asing dalam pentadbiran Mesir, menjamin agar hutang piutang asing
dibayar dengan syarat harta rakyat Mesir tidak dirampas serta menyeru agar
kuasa Khedif dipulihkan kembali serta segala pendapatan daripada perkhidmatan
kereta api Mesir dipulangkan kepada Kerajaan Mesir.
Usaha
tersebut tidak beriaya apabila pihak British dan Perancis bertindak balas
hingga menyebabkan Sultan Abdul Hamid II' Sultan Turki Uthmaniyah didesak
menfngkirkan Khedif Ismail dan digantikan puteranya sebagai Khedif baru, iaitu
Taufik pada tahun 1879.
Biarpun
percubaan pertama menghadapi British tidak berjaya, tetapi golongan nasionalis
ini tidak berputus asa. Pihak tentera terus mendapat sokongan daripada pegawai
kerajaan, ulama yang tertindas, dan golongan Petani.
Pada
mulanya golongan nasionalis menuntut kepada pihak British hal-hal yang menjadi
sungutan Pihak tentera, pemerintahan sistem perlembagaan, dan penubuhan sebuah
parlimen yang tetap.
Keadaan
berubah menjadi lebih radikal apabla segolongan ahli Majlis menuntut supaya
belaniawan Mesir dibahaskan dalam Majlis Para Pembesar Negara (Parlimen Mesir)'
Kuasa Eropah yang diketuai British menolak tuntutan tersebut kerana bimbang
kadar pemotongan cukai daripada pendapatan Mesir kepada kuasa-kuasa Eropah akan
dicabar oleh golongan nasionalis Mesir.
Sehubungan
itu, British mendesak supaya Khedif Taufik menerima ketetapan pihak Barat.
Perkembangan ini menimbulkan ketegangan. Rusuhan berlaku di hilir Mesir dan
beberapa orang Kristian dibunuh.
Pada
akhir tahun 1881, Ahmed Urabi dan para penyokongnya telah mengambil alih kuasa
daripada KhedifTaufik dan akhirnya Taufik meminta perlindungan daripada pihak
British. Bagi
memulihkan keamanan dan menjaga
kepentingan perdagangan dan pertahanannya, British mengambil keputusan untuk
menceroboh Mesir secara langsung pada tahun 1882.
Pada
bulan Julai 1882, pihak berkuasa British telah menghantar Laksamana Seymor
dengan angkatan tentera lautnya memaksa pihak nasionalis membubarkan pertahanan
mereka di
iskandariah. Apabila tuntutan
itu ditolak, tentera laut British pun membedil Iskandariah dan seterusnya
menakluk Port Said, lsmailiah, dan bandar Suez.
Urabi
dan tenteranya cuba bertahan tetapi tidak dapat menahan asakan British. Mesir
terus meniadi tanah British. Taufik kembali ke Mesir dan dilantik semula
sebagai Khedif Mesir.
Pemimpin
nasionalis Mesir seperti Urabi telah dibuang negeri di Sri Langka. Muhammad
Abduh yang menyokong perjuangan Urabi pula telah diusir ke Perancis.Dengan itu,
Perlembagaan Mesir digubal pada tahun 1923, dan Ahmad Fuad memakai gelaran
sultan iaitu Raja Fuad I. Melalui pilihan raya, Saad Zaghlul dilantik sebagai
Perdana Menteri Mesir.
Kesimpulnyn
pihak British berjaya membendung penentangan penduduk Mesir kerana kerajaan
British terpaksa memberi keutamaan kepada isu-isu di Mesir disebabkan
penguasaan Terusan Suez yang merupakan laluan antarabangsa.
No comments:
Post a Comment