PICCARD
(kanan) dan Borschberg mendarat di Mountain View, California kelmarin.- Agensi
LOS ANGELES
– Pesawat solar satu tempat duduk dalam misi penerbangan mengelilingi dunia,
Solar Impulse 2(SI2) mendarat di California lewat kelmarin selepas tiga hari
merentasi Lautan Pasifik dari Hawaii tanpa menggunakan bahan api walaupun
setitik.
Juruterbang
Switzerland, Bertrand Piccard SI2 untuk mendarat di sebuah landasan di Mountain
View, sebuah bandar di selatan San Francisco yang menempatkan gergasi teknologi
seperti Google sejurus sebelum tengah malam semalam.
Pesawat itu
terbang mengelilingi Teluk San Francisco sebelum mendarat, melintasi mercu
tanda bandar raya itu, Jambatan Golden Gate.
Projek itu
bertujuan mempromosi penerbangan tanpa bahan api dan teknologi hijau itu
diasaskan bersama oleh Piccard dan seorang lagi juruterbang SI2, Andre
Borshberg. Mereka bergilir-gilir menerbangkan pesawat tersebut.
Penerbangan
dari Hawaii menuju California sejauh 4,500 kilometer (km) itu bagi meneruskan
laluan yang bermula di Abu Dhabi pada Mac 2015. SI2 terbang melintasi India,
Myanmar, China dan Jepun dalam perjalanannya untuk mengelilingi dunia.
Dari
Mountain View, pesawat itu akan terbang melintasi Amerika Syarikat seterusnya
menyeberangi Lautan Atlantik menuju ke Eropah sebelum pulang ke Abu Dhabi.
SI2 mencatat
rekod dunia penerbangan pesawat solar paling jauh selepas terbang dari Nagoya,
Jepun ke Hawaii sejauh 8,300km tanpa henti pada Julai 2015.
Kapal
terbang empat kipas itu dilengkapi lebih 17,000 sel solar pada dua sayapnya dan
sejumlah bateri untuk menyimpan kuasa bagi penerbangan waktu malam. SI2
dijangka membuat 13 hentian semasa penerbangannya mengelilingi dunia dengan
mengambil masa 25 hari di ruang udara sepanjang tempoh lima bulan. – dpa
Sumber-Artikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0425&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz46qiNY9xW
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment