MOHAMMAD
ROZAIDI ZULKIFLI
| 26 April 2016 12:13 AM
ZAINAL
ABIDIN HASSAN (dua dari kiri) bersalaman dengan Frank Muescan (dua dari kanan)
dalam sidang akhbar di Kepong , semalam. Turut kelihatan kapten kedua pasukan,
Shahrom Kalam (kiri) dan Juan Luis Guirado. Utusan/Zakaria Idris
KUALA LUMPUR
25 April – Benteng Selangor yang kebal dalam dua perlawanan terakhir melegakan
jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan apabila menerima kunjungan pendahulu
Kumpulan E, Ceres FC dalam saingan Piala AFC esok.
Namun,
ketumpulan jentera serangan sedikit meresahkan juara Piala Malaysia itu kerana
Red Giants perlu mencari gol bagi mendapatkan tiga mata dalam aksi di Stadium
Majlis Pembandaran Selayang.
“Selepas
kerap dibolosi dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini, Selangor menekankan
tumpuan kepada aspek pertahanan.
“Ia amat
berkesan dalam dua perlawanan terakhir apabila kami tidak dibolosi (menang 1-0
ke atas Pulau Pinang dan seri 0-0 dengan PDRM).
“Namun
bahagian serangan kurang menyerlah. Kegagalan mencipta gol akan memberi masalah
kerana tanpa gol sukar untuk meraih kemenangan.
“Misi esok
adalah menang atau bakal berdepan kesukaran untuk ke peringkat seterusnya,”
kata Zainal.
Selangor
bakal beraksi tanpa pemain sayap, R. Gopinathan dan bek tengah, Mohd. Razman
Roslan yang cedera.
Red Giants
kini menghuni tangga ketiga dengan tujuh mata hasil dua kemenangan, satu seri
serta satu kekalahan.
Dalam
pertemuan pertama dengan Ceres di Bacolod pada 23 Februari lalu, kedua-dua
pasukan seri 2-2.
Sementara
itu, jurulatih Ceres, Frank Muescan berkata, biarpun menghormati Selangor,
namun dia optimis mampu mengejutkan tuan rumah.
“Saingan
Kumpulan E sangat sengit dan kami hanya dipisahkan dengan satu mata di depan
Selangor serta Tampines (Singapura), jadi kami perlu menang esok.
“Selangor
pasukan yang kuat, namun kemenangan 2-1 ke atas Tampines dua minggu lalu
memberi keyakinan kepada kami,” kata Muescan.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/selangor-lega-benteng-ampuh-1.290981#sthash.7pmUbhUL.dpuf
No comments:
Post a Comment