ARKIB :
06/12/2012
Oleh
MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my
Safee Sali
KUALA LUMPUR
- Penyerang kebangsaan, Safee Sali berkata keputusannya menyertai Johor pada
musim depan demi menyelamatkan kariernya.
Menurutnya,
kesungguhan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mendapatkan khidmatnya,
juga mendorong beliau memilih menyarung jersi pasukan Harimau Selatan itu.
Dalam
keadaan sekarang, saya pilih menyertai Johor untuk menyelamatkan karier saya.
Saya nampak usaha Johor untuk cuba membuat perubahan dalam arena bola sepak
negara... saya terima dan hormati cara mereka.
"Saya
dapat rasakan Johor akan memberi impak yang amat positif dalam saingan liga
musim depan," katanya semalam.
Sementara
itu, penyertaan Safee ke Johor yang dikatakan tergesa-gesa kelmarin tidak wajar
dijadikan isu kerana perpindahan itu demi menyelamatkan karier pemain tersebut,
kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin
Ahmad.
Menurutnya,
semua pihak perlu melihat skop yang lebih besar iaitu mengenai masa depan Safee
jika masih beraksi dalam Liga Super Indonesia (ISL) ekoran kemelut dalaman yang
masih gagal diselesaikan oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).
Tambahnya,
perpindahan Safee juga tidak mengganggu fokus penyerang berusia 28 tahun itu
dalam menghadapi saingan separuh akhir Piala Suzuki AFF, Ahad ini.
Perpindahan
Safee demi kebajikannya pemain utama kebangsaan yang perlu dijaga.
Jika PSSI
digantung, ia boleh menjejaskan peluang Safee bermain dengan skuad kebangsaan
dan perkara ini harus diselesaikan secepat mungkin demi masa depan Safee,"
katanya ketika ditemui di Wisma FAM, kelmarin.
Safee
menandatangani kontrak dengan Johor kelmarin, di Wisma FAM setelah sesi sebenar
yang dijadualkan di sebuah hotel di sini tidak dapat diadakan kerana Safee
tidak hadir.
Ekoran itu,
pengurusan PBNJ yang diketuai Presidennya, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail
Idris Sultan Ibrahim ke Wisma FAM untuk menemui Safee.
Penyerang
Arema itu bersetuju menyertai Johor atau kini dikenali Darul Takzim FC secara
pinjaman musim 2013 selama setahun.
Azzuddin
menambah, jika Safee kehilangan peluang bermain ekoran penggantungan sebarang
aktiviti bola sepak di Indonesia, beliau yakin ramai akan menyalahkan FAM
kerana gagal bertindak cepat.
Jika kelab
yang diwakili Safee digantung, sudah tentu ramai pihak akan mengkritik FAM
dengan pelbagai kemungkinan seperti tidak memberikan nasihat atau peringatan
kepadanya sebelum perkara-perkara ini terjadi," katanya.
Azzuddin
juga berharap kemunculan mengejut Tunku Ismail di Wisma FAM, Kelana Jaya bagi
menemui Safee kelmarin, tidak sewajarnya menjadi isu.
Baginda
mempunyai hak selaku Presiden PBNJ yang merupakan salah satu ahli gabungan
FAM," katanya.
Pengurus
peribadi Safee, Zakaria Rahim, menjelaskan Johor akan membuat pengumuman rasmi
mengenai perpindahan Safee selepas berakhirnya kempen negara dalam Piala Suzuki
AFF.
Sumber-Artikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121206/su_01/Demi-karier-Safee#ixzz45uz9f1hf
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment