25/04/2016
7:34pm
Kebakaran
belukar adalah punca jerebu di Pekan. - Gambar hiasan
KUANTAN -
Keadaan jerebu di sebahagian besar kawasan di Pekan dekat sini, adalah disebabkan
kebakaran belukar akibat fenemona El Nino.
Pengarah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang, Rosli Zul berkata, keadaan itu berlarutan
sejak minggu lepas dengan faktor angin yang perlahan telah melambatkan
pergerakan asap kebakaran menyebabkan asap tertumpu di beberapa kawasan di
daerah itu.
"Pemeriksaan
oleh pegawai JAS mendapati berlaku kebakaran di kawasan sekitar Langgar, Pulau
Manis, Pulau Rusa, Ganchong dan Bebar," katanya semasa dihubungi Bernama
di sini, hari ini.
Rosli
berkata, keadaan itu dijangka pulih dalam tempoh beberapa hari akan datang
bergantung kepada faktor pembakaran terbuka di kawasan terbabit.
"Orang
ramai juga diharap dapat mengurangkan aktiviti yang dapat menyumbang kepada
pembakaran terbuka atau melakukan pembakaran sampah di kawasan rumah
mereka," katanya. - Bernama
Sumber-Artikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0425&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_25.htm#ixzz46qoLG5Q9
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment