PENYERANG
Melaka United, Ilija Spasojevic (tengah) dihalang pemain pertahanan Kuala
Lumpur, Ahmad Azlan Zainal (kanan) pada aksi Liga Premier di Stadium Hang
Jebat, Melaka malam tadi yang berkesudahan tuan rumah menang 2-1.
REKOD tanpa
kalah Kuala Lumpur pada kempen Liga Premier akhirnya lebur ekoran kekalahan 1-2
kepada Melaka United di Stadium Hang Jebat, Melaka malam tadi.
Kemenangan
tersebut terus mengukuhkan kedudukan Melaka United selaku pendahulu liga dengan
mengumpul 21 mata selain kekal dengan rekod tanpa kalah selepas mengharungi
sembilan perlawanan.
Pada aksi
malam tadi, skuad bimbingan Mat Zan Mat Aris itu tampil bergaya bagi mencapai
impian mereka untuk mengekalkan rekod bersih pada aksi di gelanggang sendiri.
Walaupun
dikejutkan dengan gol awal oleh pasukan pelawat seawal minit pertama menerusi
jaringan Aselmo Arruda da Silva, ia sedikit pun tidak menjejaskan rentak
permainan Melaka United.
Dengan
sokongan padu daripada para penyokong setia mereka, skuad yang mendapat jolokan
Hang Tuah itu terus garang melancarkan serangan dan hasilnya, mereka berjaya
memperoleh gol penyamaan pada minit ke-27 menerusi jaringan Ilija Spasojevic.
Gol
penyamaan tersebut telah menyuntik semangat barisan pemain Melaka United yang
terus ghairah melancarkan asakan, namun benteng pertahanan Kuala Lumpur kental
bertahan.
Kuala Lumpur
pula tidak mudah menyerah tetapi usaha mereka untuk menambah jaringan menemui
kebuntuan.
Begitupun,
tuan rumah kembali berpesta pada minit ke-31 apabila memperoleh gol kedua
menerusi jaringan Jasmir Mehat bagi membolehkan Melaka United mendahului 2-1.
Aksi separuh
masa kedua dilihat lebih seimbang dengan kedua-dua pasukan sering berbalas
serangan namun usaha untuk meloloskan diri menemui kegagalan.
Pada
minit-minit terakhir perlawanan, Melaka United sudah mula memperkemaskan
jentera pertahanan mereka bagi menghalang kemaraan Kuala Lumpur dan strategi
tersebut berhasil apabila kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.
Sumber-Artikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0423&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz46bBZx7xH
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment