Oleh
MUHAMMAD DAYNE AZMIN
sukani@utusan.com.my
Safiq Rahim
PETALING
JAYA - Perjuangan demi maruah negara perlu diteruskan biarpun keperitan
kekalahan 0-3 kepada Singapura pada perlawanan sulung Piala Suzuki AFF 2012
masih terasa.
Menjadikan
pengalaman pahit itu sebagai pengajaran berguna, ketua pasukan skuad Harimau
Malaya, Safiq Rahim mahu rakan-rakannya bangkit pada perlawanan menentang Laos
dan mencari tiga mata penting bagi menghidupkan peluang ke separuh akhir.
Seri atau
kalah bermakna berakhirlah perjuangan Harimau Malaya di bumi sendiri.
Bakal pemain
Johor pada musim depan itu yakin Harimau Malaya akan tampil dengan lebih
bersemangat pada perlawanan malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
"Kami
harus belajar daripada kesilapan daripada perlawanan lalu dan diri saya sendiri
selaku kapten kesal dengan keputusan yang kami perolehi (kalah 3-0 kepada
Singapura). Perlawanan dengan Laos kami wajib mendapatkan tiga mata, tidak
boleh dapatkan keputusan seri atau kalah.
"Saya
mahu mendapatkan keputusan yang baik pada perlawanan esok (hari ini) demi
menghidupkan lagi peluang ke separuh akhir," katanya selepas sesi latihan
Harimau Malaya di Wisma FAM, semalam.
Lawan
Harimau Malaya, Laos yang sebelum ini diramalkan bakal menjadi pasukan
belasahan dalam Kumpulan B berjaya meraih satu mata berharga pada perlawanan pertama
selepas seri 2-2 dengan Indonesia.
Ditanya
mengenai persembahan cemerlang Laos pada perlawanan pembukaan yang dijangka
menyukarkan peluang Malaysia meraih tiga mata, Safiq berkata, tahap permainan
semua pasukan sebenarnya semakin baik dan tiada siapa boleh mendabik dada
bahawa mereka adalah pasukan pilihan.
"Tahap
kekuatan semua pasukan bagi saya sebenarnya sama, persaingan semakin sengit
pada kejohanan Piala Suzuki AFF kali ini.
"Kalau
sebuah pasukan bermain baik mereka akan dapatkan keputusan yang bagus, jika
bermain dengan buruk maka buruklah keputusannya.
"Apa
yang mustahak, adalah aksi pasukan kita sendiri pada perlawanan itu nanti,
tidak perlu fikirkan aksi pasukan lawan," katanya.
Ketiadaan
Norshahrul Idlan Talaha dalam pasukan juga tidak terlalu menggusarkan Safiq
yang berharap sesiapa yang mengambil tempat bekas penyerang Kelantan itu dapat
melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.
"Kalau
boleh memang saya berharap dia dapat bermain namun jika tidak, saya yakin
dengan rakan-rakan sepasukan lain yang akan menggantikan Norshahrul,"
katanya.
SUMBER-Artikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121128/su_02/Safiq-janji-tebus-maruah-negara#ixzz45wlAQHyn
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment