Oleh NORLIDA
AKMAR IDROS
PARA pemain
Kedah memasang impian untuk mara ke pentas final Superbest Power Piala FA pada
aksi menentang Johor DT di Larkin esok.
KEDAH
berdepan misi sukar apabila terpaksa menentang Johor Darul Takzim (Johor DT)
dalam saingan separuh akhir kedua Superbest Piala FA di Stadium Tan Sri Datuk
Hassan Yunos, Larkin esok tanpa tonggak import, Liridon Krasniqi yang menerima
dua kad kuning.
Lebih
memeritkan, skuad Helang Merah juga bakal turun tanpa pemain muda, Amirul
Hisyam Awang Kecik yang turut menerima dua kad kuning.
Kapten
pasukan, Khairul Helmi Johari juga belum lagi dapat beraksi ekoran kecederaan
pada tulang belakangnya.
Menurut
ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe, biarpun tiga pemainnya tidak dapat
diturunkan dalam perlawanan menentang pasukan berstatus bintang itu, beliau
tetap yakin dengan kemampuan anak-anak buahnya.
“Itu
bukanlah alasan untuk melemahkan semangat pasukan dan kita akan memberikan
saingan sengit dengan melakukan serangan bagi memburu kemenangan di tempat
lawan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Kata beliau,
pemain lain mampu menggalas tugas tiga pemain yang tidak dapat diturunkan,
antaranya ialah pemain muda, Abdul Halim Saari dan Amar Rohidan.
“Baddrol
Bakhtiar juga dijangka mampu beraksi pada tahap sebenarnya apabila
kecederaan dialami sudah pulih seratus peratus,” ujarnya.
Menurut
Cheng Hoe, pengalaman menentang skuad Harimau Selatan sebanyak dua kali di
gelanggang sendiri sedikit sebanyak membantu pasukan mengetahui kekuatan dan
kelemahan serta corak permainan pasukan lawan.
“Seperti
yang selalu saya katakan, pemain sendiri akan bermotivasi tinggi untuk menang
apabila menyedari tekanan yang bakal mereka hadapi ketika menentang Johor DT,
Sabtu ini (esok),” ujarnya.
Tambahnya,
beliau menyasarkan kemenangan atau sekurang-kurang seri sekiranya pemain
berjaya menguasai permainan dan melakukan serangan.
SUMBER-Artikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0429&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz47AbD228u
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment