Ad

Tuesday, 26 April 2016

Ular tedung bersarang depan rumah


 

Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia menggeledah longgokan sabut kelapa sebelum menemui lapan ekor ular yang bersarang di halaman sebuah rumah di Kampung Pasir Panjang, Sabak Bernam semalam.

SABAK BERNAM – Para penduduk di Kampung Pasir Panjang di sini kecoh seketika selepas seorang pemuda menemui lapan ekor ular tedung hitam yang menjadikan kawasan halaman rumahnya sebagai sarang tempat mengeram.

Kejadian itu menggemparkan ramai ekoran kejadian itu merupakan kali pertama berlaku dalam kampung itu.

Rata-rata penduduk berpendapat, kemunculan mengejut haiwan itu ada kaitan dengan cuaca panas yang melanda negara sejak kebelakangan ini.

Kepada Kosmo!, Mohd. Fadhli Mohd. Ansar, 33, yang menemui ular itu memberitahu, dia mula merasa tidak senang hati selepas terjumpa kulit ular yang berselerak di kawasan longgokan sabut di halaman rumahnya.

“Saya agak risau, lantas saya maklumkan kepada ibu saya. Ibu kemudian mengarahkan saya membakar longgokan sabut kelapa itu dengan segera.

“Disebabkan tak mahu perkara tak diingini berlaku, saya perlahan-lahan menghampiri kawasan itu. Namun, alangkah terkejutnya saya bila ternampak kepala seekor ular tedung hitam yang seolah-olah mahu menyerang saya, nasib baik saya dapat menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pasir Panjang di sini semalam.
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0426&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz46vlZxRsV Hakcipta terpelihara



No comments:

Post a Comment