Oleh MOHD.
IKHSAN FIRDAUS AZMI
CHONG WEI
mara ke final Kejohanan Badminton Asia selepas menewaskan Lin Dan pada
peringkat separuh akhir semalam.
JAGUH
badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mempamerkan aksi yang cemerlang untuk
menewaskan seteru utamanya, Lin Dan 22-20, 15-21, 21-4 untuk mara ke final
Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2016 di Wuhan, China hari ini.
Chong Wei
membuktikan dia masih pencabar yang sukar untuk digugat selepas mempamerkan
kebangkitan walaupun bermula dengan aksi hambar pada awal set pertama aksi
separuh akhir itu.
Tersentak
dengan kekalahan itu, Lin Dan mula memberikan saingan lebih baik dengan
mengatur kembali corak permainannya sebelum mengheret perlawanan itu hingga ke
set penentuan.
Bagaimanapun,
set ketiga menyaksikan Chong Wei seperti berada dalam kelas tersendiri apabila
sekadar membenarkan bintang China itu meraih empat mata sebelum dia menamatkan
perlawanan.
Mengulas
mengenai perlawanan itu, jurulatih perseorangan negara, Hendrawan berkata,
perbincangan ringkas sebelum bermulanya set ketiga membantu pemain No. 2 dunia
itu melihat perlawanan tersebut dengan lebih jelas.
“Seperti
yang saya cakapkan semalam (kelmarin), perlawanan menentang Lin Dan lebih
sengit terutama dari segi mental dan dia perlu bersabar, set pertama dan kedua
mereka banyak bermain secara rali.
“Masa rubber
set, kami ada berbincang supaya mula membuat keputusan dan cuba dengan lebih
berani untuk menukar kelajuan dan tambah serangan dan ternyata strategi hari
ini berhasil,” kata Hendrawan.
Sebagai
rekod, ia merupakan kemenangan ke-11 Chong Wei ke atas pemain No. 3 dunia itu
dalam 36 pertemuan sejak 2004.
Chong Wei
yang merupakan wakil tunggal negara ke final hari ini akan bertemu seorang lagi
bintang China yang juga pemain No. 1 dunia, Chen Long yang turut mara selepas
menewaskan rakan senegaranya, Tian Houwei 21-14, 21-16 dalam satu lagi aksi
separuh akhir.
“Bertemu
Chen Long mungkin sama dengan Lin Dan kerana fokus masih kepada mental dan
kesabaran, sebarang pertukaran strategi akan berdasarkan permainan di
gelanggang.
“Seperti
biasa, kemenangan ini tidak perlu diperbesar-besarkan, anggap kemenangan ini
biasa sahaja tetapi apa yang penting kami mendapat sesuatu nilai positif untuk
persiapan ke Sukan Olimpik,” ujar Hendrawan.
Sumber-Artikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0501&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz47MlXYLma
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment