ISNIN
25.4.2016
Oleh
SAHLIZAH MOHAMED
PEMAIN
Perak, Ahmad Khairil Anuar (tengah) berjaya mengawal bola daripada dirampas
pemain Felda United pada aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam tadi.
Perak menang 3-2.
PERAK
bangkit garang selepas ketinggalan 1-2 pada separuh masa pertama untuk mencatat
kemenangan 3-2 ke atas Felda United pada aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh
malam tadi.
Kemenangan
tersebut sekali gus menyaksikan Perak meleburkan rekod tanpa kalah skuad yang
mendapat jolokan The Fighters itu yang kekal kebal dalam lapan perlawanan liga
sebelum ini.
Walaupun
mengalami kekalahan, namun Felda United yang berkongsi 21 mata dengan Johor
Darul Takzim (Johor DT) masih kekal menerajui carta liga dengan kelebihan
jaringan.
Perak yang
sebelum ini menduduki tangga kesepuluh, melonjak ke tangga kelapan liga dengan
mengumpul 10 mata dan ia merupakan kemenangan pertama skuad kendalian Syamsul
Saad itu di gelanggang sendiri musim ini.
Pada aksi
malam tadi, tuan rumah terlebih dulu memecah kebuntuan apabila memperoleh
jaringan pembukaan menerusi Muhammad Firdaus Saiyadi (m-12), namun kedudukan
tersebut tidak kekal lama apabila Felda United bangkit menjaringkan dua gol
menerusi Francis Forkey Doe pada minit ke-23 dan ke-33.
Pada separuh
masa kedua, Perak seolah-olah buntu untuk meloloskan diri, namun usaha keras
mereka akhirnya berbaloi apabila dihadiahkan dua gol pada penghujung perlawanan
menerusi jaringan pemain import, Elias Fernandes pada minit ke-75 dan ke-81.
Walaupun
ketinggalan, Felda tetap memberi tentangan tetapi benteng pertahanan Perak
kental bertahan dan kedudukan 3-2 kekal sehingga tamat perlawanan, sekali gus
menghadiahkan tiga mata berharga buat tuan rumah.
Pada satu
lagi perlawanan di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, tuan rumah harus
menyalahkan diri mereka sendiri selepas tewas 2-3 kepada T-Team.
Penyerang
import T-Team, Patrict muncul wira pasukannya apabila menjaringkan gol
kemenangan pada minit ke-87 ketika permainan dilihat akan berakhir dengan
keputusan seri 2-2.
Sebelum itu,
Patrict telah menjaringkan gol kedua T-Team pada minit ke-40 selepas jaringan
pembukaan oleh Mohd. Asrol Ibrahim (m-31).
Pulau Pinang
pula memperoleh jaringan mereka pada separuh masa kedua menerusi Reinaldo Lolo
pada minit ke-62 dan Osas Ikpefua (m-74).
Sumber-Artikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0425&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz46nXzNDjd
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment