15 April
2016 1:08 AM
IPOH 14
April – Memperkemaskan bahagian pertahanan menjadi fokus utama pasukan Perak
untuk mengharungi perlawanan separuh akhir pertama Piala FA menentang PKNS di
Stadium Hang Jebat, Melaka esok.
Vokhid
Shodiev
Pengurus
pasukan Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, bahagian pertahanan diberikan keutamaan
selepas skuad Bos Gaurus dibolosi enam gol dalam dua perlawanan terakhir Liga
Super.
Menurutnya,
perkara itu perlu diberikan perhatian kerana sebelum ini pertahanan pasukan
Perak disifatkan antara yang sukar dibolosi pemain lawan.
Namun, tegas
beliau, dibolosi dua gol ketika kalah 1-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dan
empat gol ketika kalah 3-4 kepada Pahang, sesuatu yang perlu diberikan
perhatian untuk mengharungi aksi separuh akhir Piala FA esok.
“Walaupun
kalah dalam dua perlawanan terakhir Liga Super, tetapi saya yakin pemain tetap
bersemangat untuk bangkit dalam perlawanan esok,” katanya ketika ditemui di
sini hari ini.
Jelas
Shahrul Zaman, di sebalik kerapuhan bahagian pertahanan, skuad Perak mencatat
prestasi positif di bahagian serangan apabila penyerangnya mula meledak gol.
Beliau
berkata, paling ketara ialah ketika menentang Pahang apabila Perak meledak tiga
gol namun akhirnya kalah 3-4 dalam perlawanan tersebut.
Katanya
penyerang import yang ketandusan gol sejak sekian lama seperti Vokhid Sodiev
dan Elias Olivera sudah mula menunjukkan kemampuan sebenar di posisi depan.
“Ini
merupakan perkembangan positif menjelang aksi separuh akhir pertama esok.
“Walaupun
beraksi di tempat lawan esok, saya yakin pemain akan beraksi bersungguh-sungguh
untuk mencari bekalan selesa sebelum separuh akhir kedua di laman sendiri pada
30 April ini,” katanya.
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/perak-perkemas-pertahanan-jumpa-pkns-1.260186#sthash.RPBQK9mM.dpuf
No comments:
Post a Comment