Oleh MOHAMAD HARITHMOHAMAD NIZAR
kota@utusangroup.com.my
SEORANG wanita berjalan
berhampiran dinding yang diconteng di Jalan Petaling, Kuala Lumpur semalam. -
UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR
KUALA LUMPUR 13 Feb. - Kreatif
tidak bertempat.
Itulah sikap pihak tidak
bertanggungjawab yang menjadikan dinding beberapa premis di sekitar ibu kota
sebagai tempat untuk diconteng dengan lukisan grafiti.
Tinjauan Utusan Malaysia
mendapati lukisan comot dan sarat dengan mesej yang tidak sesuai dengan budaya
di negara ini boleh dilihat di beberapa bangunan di Jalan Petaling, Jalan Pudu
dan Pasar Seni.
Bayangkan sahaja perasaan
pemilik kedai yang pintu premis mereka diconteng tanpa izin itu.
Lebih malang apabila contengan
itu tidak mempunyai unsur seni yang indah di mata sesiapa pun.
Kegiatan vandalisme itu
dipercayai dilakukan pada waktu malam sehingga gagal dikesan anggota penguat
kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang biasanya meninjau kawasan
tersebut pada waktu siang.
Mereka yang tidak
bertanggungjawab itu barangkali ingin menyampaikan sesuatu mesej kepada orang
ramai ataupun individu tertentu, tetapi caranya salah di sisi undang-undang.
Ia juga mencemarkan imej negara
ini sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.Sudah tentu ia sesuatu yang
memalukan sekiranya pelancong asing yang berkunjung ke kawasan tersebut
berkongsi 'wajah comot' Kuala Lumpur itu dengan rakan dan keluarga mereka.
Sehubungan itu, pihak berwajib
perlu memandang serius masalah tersebut agar ia tidak berlarutan sehingga lebih
banyak bangunan menjadi mangsa tangan-tangan nakal tersebut.Jika dibiarkan, ia
umpama 'nasi menjadi bubur' kerana boleh mengundang persepsi negatif pelancong
asing terhadap negara yang pastinya sukar untuk diperbetulkan pada masa akan
datang.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20140214/wk_01/Vandalisme-cemari-Kuala-Lumpur#ixzz2tYlMdFpr
© Utusan Melayu (M) Bhd 14.2.14
No comments:
Post a Comment