Pada hari ini 23.2 dalam tahun 1952,
Markas Pasukan Simpanan
Sukarela Angkatan Laut
Diraja Malaya, Bahagian Persekutuan
Tanah Melayu telah
dibuka dengan rasminya. Upacara perasmian tersebut telah
dilakukan oleh Pegawai
Pemerintah Angkatan Laut, Kawasan
Malaya, Laksamana Muda
A.F. Pugsley di hadapan
Fort Cornwalis, Padang
Kota Lama, Pulau Pinang. Turut
hadir di upacara itu
ialah Pesuruhjaya Residen
Pulau Pinang (wakil Kerajaan
Persekutuan), Pegawai-pegawai
Kanan Kerajaan,
Pegawai-pegawai Kanan Angkatan
Laut Diraja Melayu, Ahli-ahli Mesyuarat Negeri dan
orang-orang kenamaan tempatan.
Sebelum upacara perasmian
bermula, pasukan kawalan
angkatan laut atau ‘naval
guard’ dengan 3
orang pegawai dan
71 orang anggota
dalam kapal H.M.S Alert, Kapal Pelanduk
dan Kapal Panglima
yang telah berlabuh di
Pangkalan Victoria. Dengan diiringi oleh Pasukan
Pancaragam Batalion Pertama, Rejimen Manchester mereka berkawat ke
tempat upacara melalui jalan-jalan Downing Street, Beach
Street dan Fort Road. Dengan perasmian tersebut maka, Markas Pasukan
Simpanan Sukarela Angkatan
Laut Diraja Malaya
Bahagian Persekutuan telah
memulakan operasi. Ia diketuai
oleh Commander D.W.Graham, dengan kekuatan
anggota seramai 25 pegawai
dan 150 anggota sukarela
sekaligus membuka satu lagi lembaran
baru dalam dunia ketenteraan di negara ini.
SUMBER: http://www2.arkib.gov.my/hids/readarticle.php?article_id=553
No comments:
Post a Comment