Raul Oaida memandu kereta
ciptaannya yang diperbuat daripada kepingan Lego di kediamannya di Hunedoara,
Romania, baru-baru ini. - AGENSI
LOS ANGELES 15 Feb. - Seorang
pereka Romania, menghasilkan sebuah replika kereta menggunakan lebih 500,000
kepingan Lego.
Kenderaan ciptaan Raul Oaida
bersama seorang rakannya, Steve Sammartino itu, bukan sahaja dihasilkan pada
saiz kereta sebenar, namun mampu bergerak selaju 32 kilometer sejam.
Kereta berwarna hitam kuning
ciptaan dua pereka itu juga menyerupai model Bumblebee dalam filem robot
terkenal, Transformers.
Kereta diperbuat daripada
kepingan Lego itu juga mempunyai empat enjin orbital dan 256 unit omboh.
Menurut Oaida, 20, kenderaan
tersebut dihasilkan di tempat letak kereta milik keluarganya, di Hunedoara,
kira-kira 400 kilometer dari Bucharest, sebelum dihantar ke lokasi rahsia di
Melbourne.
Sebelum ini, pemuda itu pernah
menghasilkan sebuah basikal dengan enjin berkuasa jet serta menghantar sebuah
kapal angkasa diperbuat daripada kepingan Lego ke angkasa lepas menaiki sebuah
belon helium. - AGENSI
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140216/lu_06/Pemuda-hasilkan-kereta-daripada-Lego#ixzz2tYo7brof
;© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment