PEMAIN Terengganu, Marcio Sauza
terjatuh ketika diasak pertahanan Pahang, MOhd Shahrizan pada aksi Liga Super
di Kuala Terengganu malam tadi.hahrizan
TERENGGANU berjaya merampas
status pendahulu Liga Super selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Pahang pada
aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala
Terengganu malam tadi.
Selepas sekadar terikat tanpa
jaringan ketika menentang Lions XII pada Sabtu lalu, skuad Penyu yang merampas
gelaran pendahulu liga daripada Selangor yang tewas 1-4 kepada Johor Darul
Takzim (Johor DT), kini mengutip 10 selepas mengharungi lima perlawanan.
Beraksi di depan 10,000
penyokong fanatik, pasukan tuan rumah bermula garang menerusi pemain import,
Marcio Souza dan Pemain Terbaik Kebangsaan 2013, Mohd. Nor Farhan Mohamad
sebaik aksi separuh masa pertama bermula.
Begitupun, skuad Penyu
memastikan kelebihan menjadi milik skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim itu
apabila memperoleh gol pembukaan menerusi Mario Karlovic pada minit ke-20.
Jaringan itu hadir apabila
perancang kelahiran Australia itu berjaya memanfaatkan sepakan percuma yang
berjaya mengelirukan penjaga gol muda skuad Tok Gajah, Khairul Azhan Khalid.
Bersambung di babak kedua,
Terengganu terus menguasai permainan dengan melancarkan serangan bertali arus
tetapi benteng pertahanan pasukan pelawat yang diketuai Zeshan Rehman dan Mohd.
Shahrizan Salleh berjaya mematahkan setiap serangan dari skuad Penyu.
Bagaimanapun, kapten
Terengganu, Ismail Faruqi memastikan tiga mata menjadi milik skuad Penyu dengan
meledak gol kedua pada minit ke-69.
Skuad pelawat yang terdesak
untuk mencari jaringan, akhirnya terpaksa akur apabila keputusan 0-2 kekal
sehingga tamat perlawanan.
Selepas aksi menentang Pahang,
Terengganu bakal menentang Selangor untuk aksi keenam Liga Super, 8 Mac depan.
KOSMO ONLINE 16.2.14
No comments:
Post a Comment