Oleh NURUL HUDA HASSAN-huda.hassan@utusan.com.my
CESAR FERRANDO JIMENEZ
JOHOR BAHRU - Selepas timbul
pelbagai spekulasi mengenai kedudukan ketua jurulatih Johor Darul Tazim (JDT),
Cesar Ferrando Jimenez, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengesahkan
beliau masih bersama pasukan itu.
PBNJ juga menafikan spekulasi
mengenai Jimenez akan ditukarkan dengan bekas jurulatih Kelantan, Bojan Hodak
apabila jurulatih kelahiran Croatia itu dilihat menyaksikan perlawanan
membabitkan JDT bersama Shebby Singh di stadium di negeri ini.
"Pemain gembira dengan
Jimenez, malah dilihat serasi dengan corak diterapkan beliau sekali gus sudah
mula menampakkan kemajuan di bawah bimbingan Jimenez yang secara tidak langsung
membuktikan kredibilitinya.
"Justeru, kita tidak akan
membiarkan perkara seumpama itu mengganggu konsentrasi pasukan kerana perkara
seumpama itu dianggap merepek," kata PBNJ menerusi satu artikel yang
disiarkan di laman web rasmi skuad Harimau Selatan di
www.johorsoutherntigers.com.my.
Sehubungan itu, PBNJ menyeru
pihak media supaya menghentikan spekulasi berhubung perkara tersebut kerana
Hodak dilihat berada di Stadium Tan Sri Hassan Yunos dan Stadium Majlis
Perbandaran Pasir Gudang sebagai seorang peminat bola sepak, selain sedang
bercuti di negeri ini.
SUMBER:Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_02/Jimenez-tidak-akan-ke-mana-mana#ixzz2tuRbkZSI
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment