Ad

Thursday 20 February 2014

Hanya Mat Yo yang tahu

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my
 
NORSHAHRUL mempunyai masalah lain yang menghalangnya untuk menyertai latihan skuad Harimau Malaya yang bermula di padang Wisma FAM, Kelana Jaya kelmarin.

PENGURUS Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal tanpa berselindung mengakui terkilan dengan tindakan penyerang, Norshahrul Idlan Talaha yang tidak melaporkan diri untuk sesi latihan pertama skuad kebangsaan di padang Wisma FAM, Kelana Jaya kelmarin.

Biarpun Subahan mengesahkan telah menerima alasan yang dianggap kukuh daripada Norshahrul atau Mat Yo yang tidak dapat menyertai 25 pelatih Harimau Malaya, beliau menganggap bintang Johor Darul Takzim (Johor DT) itu harus mengambil pendekatan lebih profesional.

Mengulas lanjut, Subahan menjelaskan status sebenar pemain kelahiran Terengganu itu dikatakan memiliki masalah-masalah ‘tertentu’ selain mahu mengerjakan umrah dalam tempoh terdekat.

“Memang betul, pada mulanya dia (Mat Yo) tidak melaporkan diri (bersama skuad kebangsaan). Hanya malam tadi (semalam), dia datang berjumpa dengan saya dan menunjukkan sebab serta memberikan alasan yang kukuh.

“Dia telah berjumpa dengan memberikan alasan mahu mengerjakan umrah tetapi di sebalik sebab itu, ada lagi sebab yang saya rasa biarlah dia sendiri yang menceritakan.

“Bukan sahaja (sebab) umrah, malah ada sebab lain lagi penting mengapa dia tidak menyertai latihan skuad kebangsaan.

“Memang kita terkilan kerana dalam keadaan kita kekurangan pemain, dia pula tidak dapat menyertai latihan sebagai persiapan menghadapi Filipina dalam perlawanan persahabatan pada 1 Mac depan yang merupakan perlawanan kelas ‘A’.

Sumber:Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0221&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2tuwcyzxx Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment