Pada hari ini 24.3 dalam tahun
1964, Menteri Kerjasama Encik Mohamed Khir Johari telah merasmikan Kursus
Kerjasama Wanita Kali Ke-5 bertempat di Maktab Kerjasama Petaling Jaya,
Selangor. Berucap semasa perasmian, Encik Mohamed Khir Johari berkata ilmu
kerjasama perlu dipelajari bukan sahaja untuk kaum bapa tetapi penting juga
untuk kaum wanita untuk mengetahui dasar atau prinsip gerakan kerjasama supaya
tiap-tiap ahli Syarikat Kerjasama dapat faham dan menjalankan gerakan kerjasama
di atas landasan sebenar. Kegiatan kaum wanita dalam bidang kerjasama ini dapat
dilihat, di mana pada akhir 1962, jumlah syarikat kerjasama yang dimiliki dan
diurus oleh kaum wanita berjumlah 3439 dan mempunyai modal sebanyak $218,752.
Antara bidang Syarikat Kerjasama yang menjadi kegemaran kaum wanita ialah
syarikat pinjam-meminjam, syarikat jimat cermat dan permodalan. Sejak kursus
ini diadakan seramai 270 orang kaum wanita telah mengikuti kursus ini yang
dikelolakan oleh Maktab Kerjasama Petaling Jaya.
SUMBER: http://www2.arkib.gov.my/hids
No comments:
Post a Comment