Ad

Wednesday 26 February 2014

Harimau bintang sesat cetus panik

26 Februari 2014
Harimau bintang sesat cetus panik
Harimau bintang sesat cetus panik Penduduk setempat gempar selepas harimau bintang tersebut dilihat berkeliaran di tengah bandar Meerut.
NEW DELHI - INDIA. Kemunculan seekor harimau bintang di tengah-tengah bandar di utara India telah mencetuskan panik penduduk setempat.

Pihak berkuasa memaklumkan mereka terpaksa menutup sekolah di Meerut terletak kira-kira 60 kilometer dari timur laut ibu negara selepas haiwan karnivor itu dilihat berkeliaran di sekitar laluan utama, Ahad lalu.

Majistret daerah, S K Dubey memberitahu, harimau bintang tersebut ditemui di dalam wad kosong di sebuah hospital tentera.

"Bagaimanapun, ia bertindak memecahkan gril untuk melepaskan diri dan menyelinap masuk ke dalam dewan panggung wayang dan turut memasuki sebuah blok apartmen. Selepas itu, kami kehilangan jejak haiwan tersebut," katanya pada DailyMail.

Menurutnya, pihak berkuasa bersama kakitangan pusat hidupan liar telah melancarkan operasi besar-besaran bagi memburu harimau bintang terbabit selepas enam orang dilaporkan cedera akibat diserang haiwan tersebut.

Minggu lalu, seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun terkorban selepas seekor harimau bintang membaham mangsa dalam kejadian menggemparkan di tengah Chhattisgarh.

Sumber: SINAR HARIAN ONLINE 26.2.14

No comments:

Post a Comment