Pada hari ini 23.2 dalam tahun 1967,
Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan telah diterbitkan oleh Kerajaan dan akan
berkuatkuasakan pada 1 September 1967. Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan itu
mengandungi 8 Fasal dan akan diperdebatkan sekarang ini di Dewan Rakyat.Fasal
Pertama: Undang-undang Bahasa Kebangsaan ini akan berkuatkuasakan pada 1
September 1967 dan ianya tidak meliputi negeri-negeri Borneo. Fasal Kedua:
Bahasa Kebangsaan akan digunakan untuk urusan-urusan rasmi tetapi tertakluk
kepada Fasal 152 Perlembagaan yang menentukan bahawa:
seseorang itu tidak akan
dilarang menggunakan atau mengajar serta belajar bahasa-bahasa lain kecuali
untuk tujuan-tujuan rasmi.
Kerajaan Federal atau
Kerajaan-kerajaan Negeri berhak memelihara dan mengekalkan penggunaan dan
pengajaran bahasa-bahasa masyarakat lain di Persekutuan.
Fasal Ketiga: membolehkan
penggunaan secara lebih liberal bahasa-bahasa lain di Persekutuan setakat yang
dikehendaki seperti sekarang ini.
Undang-undang itu tidak
menyentuh hak Kerajaan Federal atau Kerajaan-kerajaan negeri untuk menggunakan
sebarang terjemahan naskah-naskah rasmi dalam bahasa sesuatu masyarakat lain di
Persekutuan untuk maksud-maksud yang dianggap perlu demi kepentingan umum.
Fasal Keempat: Yang di-Pertuan
Agong diberi kuasa untuk mengizinkan penggunaan terus Bahasa Inggeris untuk
tujuan-tujuan rasmi yang dianggap perlu. Fasal Kelima: Ahli Parlimen atau ahli
Dewan Negeri boleh menggunakan Bahasa Inggeris dengan keizinan.Fasal Keenam:
Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris akan digunakan untuk perkara-perkara yang
telah ditetapkan di dalam rang undang tersebut seperti pindaan undang-undang
dan lain-lain.Fasal Ketujuh: Peruntukan di Fasa 6 tidak menyentuh undang-undang
yang telah dibuat sebelumnya kerana undang-undang lama belum diterjemahkan ke
dalam Bahasa Kebangsaan.Fasal Kelapan: Semua urusan dalam Mahkamah Persekutuan,
Mahkamah Tinggi dan Mahkamah-mahkamah Rendah akan dijalankan dalam Bahasa
Kebangsaan dan Bahasa Inggeris atau kedua-duanya.Rang Undang-undang Bahasa
Kebangsaan diharap akan berjaya memenuhi keinginan rakyat untuk mendaulatkan
Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa Rasmi yang tunggal.
SUMBER: http://www2.arkib.gov.my/hids/readarticle.php?article_id=553
No comments:
Post a Comment