Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD
TERMIZI
pengarang@utusan.com.my
PARAS air di Empangan Air Itam
semalam menunjukkan penurunan akibat daripada musim kemarau yang melanda negara
ini sejak sebulan lepas. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 21 Feb. - Krisis
air di seluruh negara semakin meruncing apabila bilangan empangan yang
mencatatkan bacaan paras air di bawah paras normal meningkat kepada 18 empangan
hari ini berbanding 15 empangan semalam.
Namun sehingga pukul 7 malam
ini, kesemua 20 stesen empangan termasuk 18 empangan tersebut yang dipantau
menerusi sistem Info Kemarau masih mencatatkan bacaan air di atas paras
minimum.
Menurut laman web Jabatan
Pengairan dan Saliran (JPS), empangan yang mencatatkan bacaan air di bawah paras
normal adalah Machap, Sembrong, Labong dan Bekok di Johor, Padang Saga, Ahning,
Muda dan Beris (Kedah), Bukit Kwong (Kelantan), Timah Tasoh (Perlis), Bukit
Merah (Perak), Langat, Sungai Selangor, Tasik Subang dan Sungai Tinggi
(Selangor), Batu dan Genting Klang (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan Anak
Endau (Pahang).
Daripada 18 empangan tersebut,
Padang Saga yang mencatatkan bacaan paras air 18.94 meter sudah hampir dengan
paras minimum iaitu 18.50 meter.
Berdasarkan laman web itu juga,
jelas menunjukkan bahawa sebanyak lima empangan termasuk di Johor dilaporkan
mempunyai simpanan air aktif kurang daripada 45 peratus.
Tiga empangan di Johor itu
adalah Machap yang mempunyai simpanan air sebanyak 20.43 peratus, Sembrong
(28.30 peratus), Bekok (20.18 peratus) manakala dua lagi empangan ialah Padang
Saga (26.96 peratus) dan Timah Tasoh (36.23 peratus).
Sebanyak lapan lagi empangan
dilaporkan mempunyai simpan air aktif kurang daripada 50 peratus iaitu Empangan
Muda (46.67 peratus), Bukit Merah (48.73 peratus) manakala Genting Klang,
Labong, Beris, Anak Endau, Semenyih (Selangor) dan Ulu Kinta (Perak)
masing-masing sebanyak 48.29 peratus.
Tiga empangan yang dilaporkan
mempunyai simpanan air aktif yang banyak ialah Tasik Subang sebanyak 96.26
peratus, Sungai Tinggi (80.68 peratus) dan Langat (76.10 peratus).
Utusan Malaysia hari ini
melaporkan simpanan air di kesemua empangan di seluruh negara diunjurkan hanya
mampu membekalkan air antara satu hingga tiga bulan sekiranya cuaca panas dan
kering berpanjangan.
Presiden Persatuan Penyelidikan
Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran berkata, keupayaan untuk
menampung permintaan air bergantung kepada situasi kemarau di setiap negeri dan
saiz serta struktur empangan.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140222/dn_02/Krisis-air-semakin-meruncing#ixzz2u0Eme93q
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment