Oleh JULIA ISMAIL dan SAMSUL
BAHARI MOHAMED
berita@kosmo.com.my
HASHIM, terlantar di katil wad
Hospital Jeli di Kelantan setelah diserang gajah liar semalam.
JELI - Seorang kanak-kanak
berusia tiga tahun maut manakala ibunya patah kaki kanan dan rusuk kiri akibat
diserang seekor gajah yang mengamuk dalam satu kejadian di Bukit Wakaf Zink di
sini pada pukul 10 pagi semalam.
Mamalia tersebut bertindak
agresif setelah dibaling mercun bola oleh sekumpulan penduduk yang mahu
menghalaunya.
Gajah liar seberat dua tan yang
kelaparan itu dipercayai tersesat dari hutan Thailand dan berkeliaran di
kawasan berkenaan sejak beberapa hari lalu.
Perkara itu disahkan oleh
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)
Kelantan, Mohammad Khairi Ahmad.
Amukan gajah itu menyebabkan
Wan Aidit Nasirullah Wan Mahmud, maut setelah motosikal yang ditunggang
bapanya, Wan Mahmud Wan Noh, 37, bersama isterinya, Rezamawati Che Mat, 36,
tumbang dilanggar gajah tersebut.
KOSMO ONLINE 16.2.14
No comments:
Post a Comment