Oleh Saiful Affendy Sapran
Kuala Lumpur: Selepas sekian
lama diselubungi dengan khabar angin mengenai masa depannya bersama Tan Boon
Heong, Koo Kien Keat membuat keputusan mengejut semalam apabila menghantar
surat keluar dari skuad negara dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Timbalan Presiden BAM Datuk
Mohamad Norza Zakaria ketika dihubungi mengesahkan perkara itu sambil
menyatakan surat yang dihantar Kien Keat itu berkuat kuasa 1 Mac depan.
“Benar, Kien Keat sudah
menghantar surat itu hari ini (semalam) kepada BAM,” katanya.
Bagaimanapun Mohamad Norza
berkata, nasib Kien Keat tetap akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa
Keupayaan, Kemahiran dan Penyelidikan (CSR) yang dipengerusikan Presiden BAM
Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff minggu depan.
KIEN Keat (kanan) keluar dari
BAM semalam sekali gus menjadikan nasib Boon Heong jadi tanda tanya.
“Walaupun dia (Kien Keat) sudah
menghantar surat, semuanya tetap akan dibincangkan pada mesyuarat CSR hujung
bulan ini.
“Kami sudah mendapat laporan
semua pihak termasuk ISN (Institut Sukan Negara). Siapa gandingan Boon Heong
juga akan dibincangkan pada mesyuarat itu nanti,” katanya.
Secara peribadi Mohamad Norza
berkata, beliau menerima keputusan Kien Keat itu tetapi juga berharap ada jalan
penyelesaian terbaik diambil pada mesyuarat CSR itu nanti.
Kien Keat memulakan karier
profesional pada usia 17 tahun dan beraksi saingan Piala Thomas 2004 bersama
Chan Chong Ming. Mereka berdua meraih pingat gangsa Kejohanan Dunia 2005.
Pemain berusia 29 tahun itu
mula bergandingan dengan Boon Heong pada 2006 dan sejak itu, pelbagai kejayaan
diraih termasuk menduduki ranking pertama dunia pada 2010.
Namun selepas itu, karier
kedua-duanya agak merudum dengan kemuncaknya tersingkir seawal pusingan pertama
pada saingan Siri Super Premier Terbuka Malaysia bulan lalu sehingga mendorong
BAM membekukan mereka berdua daripada menyertai mana-mana kejohanan termasuklah
saingan Seluruh England yang dijadual berlangsung 4 hingga 9 Mac depan.
Artikel ini disiarkan pada :
2014/02/22
MYMETRO ONLINE 22.2.14
No comments:
Post a Comment