KUALA LUMPUR 17 Feb. - Angin
kencang dan laut bergelora kategori pertama yang kini melanda perairan
Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, kawasan pedalaman, Pantai Barat,
Kudat di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Sarawak dijangka berterusan hari
ini.
Kenyataan Jabatan Meteorologi
Malaysia hari ini berkata, tiupan angin dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj serta
ketinggian ombak mencapai 3.5 meter itu, berbahaya kepada bot-bot kecil,
aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.
Ribut petir yang berlaku di
perairan Kuching, Mukah, Rejang, Bintulu di Sarawak dan Pantai Barat, Kudat
serta Sandakan di Sabah dijangka turut berterusan hari ini. - BERNAMA
SUMBER-ArtikelPenuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140217/dn_26/Amaran-angin-kencang-laut-bergelora-di-perairan-pantai-negara#ixzz2tYiQwhgz
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment