Ad

Friday 21 February 2014

Misteri Mat Yo!

Oleh Syed Riduan Ahmad dan Mohd Fitrie Muhammad
Misteri Mat Yo!
Kelana Jaya: Selain rancangan mengerjakan umrah pada 3 Mac ini, ada ‘alasan peribadi lain’ yang membuatkan Norshahrul Idlan Talaha terkecuali daripada tugasan kebangsaan, bulan depan.

Penyerang yang lebih mesra disapa Mat Yo itu tidak melaporkan diri pada hari pertama latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kelmarin selepas meminta pengecualian menerusi telefon daripada pengendali skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee. Kemudian pada sebelah malamnya, Mat Yo berjumpa dengan pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal untuk menjelaskan sebab-sebab dia terpaksa meminta pengecualian dan pihak pengurusan berpuas hati dengan alasan pemain itu.

Beri alasan kukuh
“Dia (Mat Yo) ada jumpa saya semalam (kelmarin) dan memberikan alasan kukuh,” kata Subahan. “Jika umrah saja mungkin ia tidak mencukupi tetapi dia ada sebab peribadi lain yang saya dan Kim Swee terpaksa terima. “Memang kami terkilan kerana dalam keadaan kritikal seperti ini khidmatnya amat diperlukan, tetapi apakan daya dia mempunyai hal peribadi yang perlu diselesaikan.

SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE 21.2.14

No comments:

Post a Comment