JANGGUT Harnaam mula tumbuh
ketika dia berusia 11 tahun.
BERKSHIRE, Britain - Seorang
wanita berketurunan Sikh sering dibuli di sekolahnya kerana wajahnya yang
berjanggut, lapor akhbar MailOnline semalam.
Semasa bersekolah, wanita
berkenaan, Harnaam Kaur digelar "wanita lelaki" kerana dia berpakaian
seperti lelaki untuk menutup bulu pada dada dan tangannya.
"Saya tidak mahu keluar
dari rumah kerana tidak tahan dengan ejekan orang ramai. Saya berkurung di
dalam bilik dan berasa tidak mahu hidup lagi," katanya.
Wajah Harnaam mula ditumbuhi
janggut ketika dia berusia 11 tahun disebabkan sejenis penyakit ganjil yang
dikenali sebagai sindrom ovari polisistik.
Dia sebelum ini kerap bercukur
dan menyapu krim pemutih untuk meredakan sindrom tersebut.
Namun, apabila memasuki usia 16
tahun, Harnaam mula membiarkan janggut pada mukanya kerana agama Sikh tidak
membenarkan penganutnya membuang rambut dan bulu badan.
"Saya tidak akan membuang
rambut pada muka lagi kerana ia adalah cara Tuhan membuatkan saya dan saya
gembira dengan keadaan saya sekarang," jelasnya. - Agensi
SUMBER KOSMO ONLINE 18.2.14
No comments:
Post a Comment