RAIHAM
MOHD SANUSI, NURUL ZAILA MOHD TAHIR, NOOR HAYATI MAMAT
1
NOVEMBER 2015
Pengakuan
mangsa kemalangan tentang 'LPT2 berhantu Senani melihat lembaga wanita berjubah
labuh dan berambut panjang mengurai bergayut pada papan tanda elektronik ini
menyebabkan kenderaan yang dipandu nyaris terbabas.
PENGGUNA
Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) tidak menolak kemungkinan wujudnya gangguan
makhluk halus di laluan itu.
Umum
mengetahui LPT2 dicop sebagai ‘lebuh raya berhantu’ rentetan kes kemalangan
maut yang berterusan berlaku di laluan sepanjang 184 kilometer itu sejak dibuka
sehingga sekarang.
Jolokan
itu diberi orang ramai kerana bagi segelintir mereka kemalangan meragut nyawa
yang berlaku itu bukan semata-mata berpunca daripada faktor yang boleh dilihat
dengan mata kasar sahaja sebaliknya ia turut berkait dengan gangguan makhluk
ghaib.
Perihal
LPT2 yang kononnya ‘keras’ dan punya ‘penunggu’ juga turut rancak diperkatakan
di media sosial terutama di Facebook, malah ada netizen yang tampil
menceritakan kisah seram yang pernah dialami untuk peringatan pengguna LPT2
yang biasa menggunakan laluan itu dan perkongsian kisah seram itu turut
disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.
Bagi
mengetahui sejauh mana dakwaan berkenaan, Sinar Harian mengupas isu tersebut
dan berjumpa dengan mangsa kemalangan dan pengguna LPT2 yang menggunakan laluan
berkenaan setiap hari.
Rata-rata
mereka tidak menolak kemungkinan kemalangan turut dipengaruhi faktor gangguan
makhluk halus berdasarkan pengalaman seram yang pernah dilalui.
Nampak
langsuir bergayut pada papan tanda elektronik
Isteri
peneroka Felda Neram 2 Kemaman, Senani Omar, 53, berkata, kereta yang
dinaikinya sekeluarga nyaris terbabas selepas anak lelakinya yang memandu
terkejut melihat lembaga perempuan berbaju putih labuh dan berambut panjang
sedang bergayut pada papan tanda elektronik
atau VMS.
Katanya,
kejadian berlaku sekitar jam 10.30 malam berdekatan kawasan Hentian Rehat dan
Rawat (R&R) Perasing LPT2 pada awal September lalu semasa mereka empat
beranak dalam perjalanan balik dari Kuantan ke rumah mereka di Felda Neram 2,
Bandar Cheneh Baru.
“Waktu
itu makcik duduk di tempat duduk penumpang depan. Tapi semasa tiba di kawasan
Plaza Tol Jabor, makcik bersama menantu dan seorang lagi anak yang duduk di
belakang tertidur.
“Hanya
beberapa ratus meter untuk sampai di depan R&R Perasing, anak makcik, Wan
Shahdillah Wan Abdullah, 28, yang memandu itu tiba-tiba nampak langsuir sedang
tergantung pada VMS hingga dia terperanjat dan kereta Proton Wira kami hampir
terbabas ke kanan jalan. Ketika itu, VMS itu gelap dan tak ada tulisan cerah
seperti biasa,” katanya.
Bagaimanapun,
katanya, dalam keadaan panik berkenaan mereka bernasib baik kerana laluan itu
lengang dan anaknya yang bekerja sebagai pemandu lori sawit sempat mengawal
stereng dan berhenti seketika di lorong kecemasan.
“Nasib
baiklah hanya selang beberapa saat lepas nampak langsuir itu ada bas ekspres
yang lalu jadi anak makcik terus memandu dengan mengekori belakang bas hingga
tiba ke susur keluar Plaza Tol Cheneh,” katanya.
Namun,
ibu sembilan anak itu berkata, anak keempatnya itu tidak menceritakan kejadian
itu kepadanya sebaik dia tersedar dari tidur apabila sudah tiba di rumah
kira-kira jam 11.30 malam.
“Dia
cuma cerita pagi esoknya dan hari itu juga dia ambil cuti kecemasan,"
katanya.
Terlihat
wanita berjubah putih
Kelibat
wanita berjubah putih labuh dengan rambut panjang mengurai turut dilihat
seorang pekerja kilang sawit, Mohd Muradzi Mohd Nawi, 20, kira-kira tiga jam
selepas berlaku kemalangan yang meragut nyawa dua beranak yang juga jiran
hadapan rumahnya.
Dalam
kemalangan kira-kira jam 11.40 malam pada 17 Oktober lalu di Kilometer 273.9
susur keluar ke Plaza Tol Cheneh itu, seorang peneroka Felda Neram 2, Hasan Abd
Wahab, 53, dan anak sulungnya, Hanis Shazwani, 21, terbunuh sementara isteri
dan anak bongsunya cedera.
Mohd
Muradzi berkata, sejurus mendapat khabar mengenai kemalangan yang menimpa
jirannya itu, dia bersama abangnya, Mohd Mutalib, 33, segera bergegas ke
Hospital Kemaman di Chukai untuk menziarahi.
“Kami
balik ke rumah ikut LPT2, namun di separuh jalan saya nampak satu lembaga
wanita yang pakai baju putih labuh dan rambut panjang duduk di atas pengadang
jalan di jejambat Lubuk Batu, iaitu lebih kurang lapan kilometer sebelum tempat
arwah Pok Hasan kemalangan.
“Tapi
muka lembaga itu saya tak nampak sebab gelap. Menggeletar badan saya masa itu
dan waktu kami lalu di bawahnya ayat-ayat suci al- Quran tak putus-putus saya
baca dalam hati. Waktu itu saya sempat toleh ke arah jam dan jarum tunjukkan
pukul 3 pagi,” katanya.
Setelah
tiba di rumah, Mohd Muradzi yang bekerja di Bukit Bandi, Cerul pelik kerana
abangnya yang memandu kenderaan mengakui tidak nampak apa-apa sepanjang
perjalanan pulang mereka ke rumah.
“Sebelum
ini saya cuma dengar cerita orang saja pasal macam-macam kisah mistik sepanjang
LPT2 ini. Tapi lepas lihat sendiri, tak tahu nak cerita macam mana perasaan
waktu itu,” katanya.
Menurutnya,
dari pelbagai versi cerita yang pernah didengarnya terdapat satu kisah yang
paling diingatnya iaitu kisah rakannya sendiri yang bekerja sebagai pemandu lori
dan pernah terserempak dengan seorang warga emas lelaki berkopiah yang berjalan
kaki dan menahan lori yang dipandu pada jam 2 pagi di hadapan R&R Perasing.
Sebaik
sahaja ditahan, rakan Mohd Muradzi memberhentikan kenderaan dan bertanya
mengenai arah tuju pakcik lewat usia itu.
“Pakcik
itu jawab ‘mahu ke depan tu sikit’. Tapi dia bukan mahu tumpang kawan saya
sebaliknya dia pesan pada kawan saya supaya hati-hati. Dia bagitahu jalan di
Perasing itu tak elok sebab ada kisah-kisah lama. Katanya di kawasan itu adanya
kubur-kubur lama.
“Saya
juga pernah dengar yang kawasan Lembah Perasing di kawasan ini adalah
perkuburan besar komunis puluhan tahun lalu dan dalam banyak-banyak lokasi di
sepanjang LPT2 ini difahamkan kawasan Perasinglah paling ‘keras’,” katanya.
Mangsa
terselamat trauma
Sementara
itu, mangsa kemalangan yang terselamat, Salimah Ghalam, 51, yang juga ibu
kepada tiga anak mengakui terkejut apabila mendengar kisah jirannya melihat
lembaga wanita berambut panjang selepas tiga jam mereka empat beranak
kemalangan.
“Muradzi
ceritakan kepada saya apa yang dia nampak itu lepas seminggu kami kemalangan.
Dia cerita pada saya dekat waktu senja semasa saya sedang termenung di depan
rumah.
“Saya
pun tidak tahu apa yang arwah suami nampak waktu kami kemalangan. Saya yang
duduk sebelah suami tak tidur pun waktu kami kemalangan dan seingat saya secara
tiba-tiba kereta terbabas langgar pembahagi jalan sebelum saya pengsan
sekejap,” katanya.
Ketika
kejadian, Salimah bersama arwah suami dan arwah anak sulungnya serta anak
bongsu, Hanis Shazhizatul, 14, dalam perjalanan balik dari Kampung Ibok, Kijal
kerana menziarahi adiknya yang tercedera akibat terkena letupan belon gas.
Hanya
anak keduanya, Hanis Shazhirah, 19, yang tidak terlibat dalam nahas itu kerana
anak perempuannya itu tidak tinggal di rumah disebabkan belajar di Kolej Islam
Pahang (Kipsas).
“Saya
tak pernah lalu LPT2 sebelum ini tapi mungkin arwah suami dah banyak kali lalu.
Sampai sekarang saya masih trauma dan tak mahu lagi lalu jalan itu. Sebagai
mangsa, saya tak tolak kemungkinan faktor mistik turut jadi penyebab kemalangan
kerana dalam al-Quran sendiri pun sudah dinyatakan ada makhluk lain dicipta
selain manusia,” katanya.
Rasa
mengantuk ketika lalui tempat ‘keras’
Pemilik
pusat rawatan alternatif, Laila Husin, 56, mengakui banyak kali dia hampir
terbabas setiap kali melalui ‘lokasi keras’ di LPT2 sekitar Kemaman berikutan
rasa mengantuk yang teramat sangat ketika melalui laluan itu.
“Apa
yang saya perasan, ada tiga tempat yang tiba-tiba kepala saya rasa hanyut dan
datang rasa mengantuk yang teramat sangat setiap kali melalui LPT2,” katanya.
Menurutnya,
lokasi itu ialah sekitar R&R Perasing yang menjadi lokasi enam beranak maut
dalam kejadian 14 Oktober lalu, di Cheneh (lokasi kemalangan melibatkan bekas
Ketua Polis Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam) dan sebelum
Plaza
Tol Kijal.
Katanya,
rasa hanyut dan mengantuk itu dirasainya pada ketika melalui lebuh raya itu
pada waktu siang dan bukan pada waktu malam.
“Yang
saya pelik, saya bukannya tak cukup tidur pun. Setiap kali lalui ikut LPT2
mesti saya mengantuk ketika lalu tiga lokasi itu. Kaki saya yang tekan pedal
minyak seolah-olah tak rasa apa-apa. Kadang-kadang saya terlelap beberapa saat,
sebab itu saya hampir hilang kawalan banyak kali.
“Dalam
keadaan begini apa yang penting kita kena basahkan mulut dengan bacaan ayat
suci al-Quran dan zikir, malah sebelum mulakan perjalanan juga perlu amalkan
baca doa agar sentiasa dilindungi. Dari pengalaman yang saya lalui ini saya
percaya adanya gangguan makhluk ghaib tapi ajal maut semuanya di tangan ALLAH
SWT,” katanya.
SUMBER-SINAR
HARIAN 1.11.2015
No comments:
Post a Comment