Oleh Firdaus Hashim-firdaushashim@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: PKNS FC mahu
meleburkan rekod cemerlang Kedah setiap kali beraksi di Stadium Darul Aman
apabila kedua-dua pasukan bertembung malam ini.
Walaupun menyedari tugas
tersebut tidak semudah dijangkakan, jurulatih Semut Merah, E Elavarasan
mengakui mereka mampu melakukannya sekiranya pemain tampil dengan aksi terbaik.
Jelasnya, pemainnya sudah
bersedia untuk meleburkan rekod cemerlang skuad bimbingan Tan Cheng Hoe yang
melakar 11 kemenangan daripada 28 aksi Liga Perdana musim ini.
Katanya lagi, beliau tanpa
berselindung menjelaskan skuad bimbingannya memiliki kemampuan untuk mencabar
lawan itu walaupun bergelar juara Liga Perdana musim ini.
“Esok (hari ini) kami akan
turun dengan misi memadamkan rekod cemerlang Kedah. Mungkin sebelum ini kami tidak
beraksi baik, tapi saya percaya kami sudah bersedia melakukannya.
“Apapun, saya mahu pemain
berwaspada dengan ancaman tuan rumah. Saya mahu mereka berjuang sehingga ke
penghujung perlawanan.
“Pemain saya mahu menang kerana
mereka begitu bersemangat untuk meneruskan momentum positif selepas berjaya ke
peringkat ini,” katanya kepada Arena Metro, semalam.
Tambah Elavarasan, beliau juga
mahu memastikan pemainnya menikmati perlawanan malam ini sebaik mungkin selain
kekal fokus dengan matlamat meraih kemenangan.
“Apa yang mustahak, mereka
sudah bersedia melakar satu sejarah baharu dan saya percaya kami ada kemampuan
itu kerana inilah aksi yang sangat ditunggu-tunggu pemain,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada :
Selasa, 24 November 2015 @ 10:06 AM
PEMAIN PKNS mahu cipta sejarah
kelab.
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/95333#sthash.Lgl0nlLk.dpuf
No comments:
Post a Comment