Ad

Friday, 27 November 2015

Johor DT tetap waspada


 

Johor DT tetap waspada
Oleh MUHAMMAD RIDUAN MOHD. HANAFIAH
GOMEZ

WALAUPUN memiliki ke­lebihan jari­ngan di tempat lawan, Johor Darul Takzim (Johor DT) tetap waspada dengan ancaman Felda United apabila kedua-dua pasukan membuat perhitu­ngan pada aksi suku ­akhir kedua kempen Piala Malaysia 2015 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam esok.

Skuad yang terkenal dengan jolokan Harimau Selatan itu tidak mahu berasa selesa walaupun aksi kedua ini akan berlangsung di gelanggang sendiri yang menyaksikan mereka masih mempertahankan rekod kebal setiap kali beraksi di Larkin sepanjang musim ini.

Menurut jurulatih Johor DT, Mario Gomez, Felda United antara pasukan yang sukar diramalkan, malah skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu lebih cemerlang apabila bertandang ke gelanggang pasukan lawan.

“Menyedari kemampuan yang ada pada Felda United, saya te­lah mengingatkan para pemain Johor DT agar jangan berasa terlalu selesa, sebaliknya perlu terus bekerja keras untuk me­raih kemenangan,” jelas Gomez.

Pada aksi suku akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sabtu lalu kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 1-1 walaupun perlawanan tersebut seakan-akan berpihak kepada Felda United yang mendahului 1-0 ketika perlawanan berbaki dua minit untuk ditamatkan.

Namun, penyerang gantian Johor DT, Mohd. Amirul Hadi Zainal menyelamatkan skuad kendalian Gomez itu menerusi rembatan kencang dari dalam kotak penalti pada minit-minit terakhir perlawanan.

“Mereka (Felda United) sebuah pasukan yang hebat dan saya yakin mereka akan berjuang habis-habisan untuk me­raih kemenangan pada aksi ke­dua nanti.

“Justeru, saya telah mengi­ngatkan para pemain agar tampil dengan aksi terbaik untuk meranapkan hasrat pasukan lawan.

“Saya boleh katakan bahawa keputusan seri 1-1 sudah cukup baik buat Johor DT kerana kami tidak mempunyai rekod yang baik setiap kali beraksi di Selayang. Sekurang-kurangnya keputusan tersebut memberi ke­lebihan kepada kami berdasarkan jaringan di tempat lawan.

“Kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk melangkah ke peringkat separuh akhir, tetapi saya tetap yakin Johor DT mampu melakukannya,” jelas Gomez semalam.

Dalam pada itu, Gomez turut memuji pemain tengahnya, Amirul Hadi selepas berjaya menjadi penyelamat buat pasukan Harimau Selatan apabila menjaringkan gol pada minit terakhir perlawanan.

“Amirul telah menunjukkan persembahan yang baik dan kepercayaan yang diberi kepada­nya dibalas dengan keputusan yang positif,” ujarnya.

Pada aksi di Selayang, Sabtu lalu, Felda United terlebih dahulu mengejutkan juara Liga Super dan Piala AFC 2015 itu selepas penyerang yang berasal dari Brazil, Thiago Augusto menja­ringkan gol pembukaan seawal minit ketujuh.

Namun, impian The Fighters untuk membawa bekalan selesa ke Larkin tidak kesampaian apabila pemain gantian, Amirul Hadi muncul penyelamat apabila menjaringkan gol penyamaan buat Johor DT pada minit ter­akhir perlawanan.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz3shTMgqts Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment