ROONEY tidak dapat menahan
kekecewaannya apabila United gagal menampilkan aksi terbaik pada perlawanan
menentang PSV Eindhoven di Old Trafford awal pagi semalam. Keduadua pasukan
terikat seri tanpa jaringan.
MANCHESTER – Pengurus
Manchester United, Louis van Gaal menganggap pasukannya terlalu ‘biasa’ selepas
sekadar seri tanpa jaringan ketika menentang PSV Eindhoven pada aksi Liga
Juara-Juara di Old Trafford awal pagi semalam.
Dalam aksi itu, Jesse Lingard
terlepas peluang terbaik untuk mencari gol kemenangan pada separuh masa kedua
selepas United gagal mencari jaringan dalam babak pertama perlawanan.
Van Gaal memuji prestasi
cemerlang penyerang muda England tersebut meskipun terlepas peluang terbaik
tetapi beliau mengakui cukup kecewa selepas jangkaan tinggi ke atas skuad
kendaliannya tidak kesampaian.
“Keputusan malam ini (semalam)
cukup mengecewakan kerana saya memiliki perasaan bahawa kami tidak berdepan
masalah untuk menang terutama menjaringkan gol dalam aksi separuh masa pertama
berbanding kedua.
“Kami tidak bermain begitu baik
dan pada separuh masa pertama, United begitu ‘biasa’ dan dalam separuh masa
kedua, kami langsung tidak meningkatkan tahap permainan kami. Kami hanya
memiliki satu peluang terbaik daripada Lingard. Apa pun, Lingard bermain dengan
baik,” katanya.
Kini, United wajib mencatat
kemenangan ketika menentang pendahulu Kumpulan B, Wolfsburg yang memiliki
kelebihan sembilan mata untuk jaminan layak ke suku akhir Liga Juara-Juara dan
van Gaal mengakui pasukannya terlepas peluang terbaik itu ketika menentang PSV.
“Kami masih lagi menduduki
tangga kedua dan kami masih ada peluang untuk layak ke pusingan seterusnya.
Cuma ia akan menjadi lebih mudah jika kami berjaya melakukannya pada malam ini
(semalam),” katanya. – Agensi
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3seQgFKcJ
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment