Oleh MUHAMMAD HELMEE RAMLI
SKUAD kendalian Kim Swee
mengalami kekalahan memalukan apaila tewas 0-6 kepada Palestin pada Kelayakan
Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Antarabangsa, Amman, Jordan
kelmarin.
KUALA LUMPUR – Hasrat skuad
Harimau Malaya untuk menebus malu selepas dibelasah 0-6 oleh Palestin di
Stadium Shah Alam, Selangor pada 16 Jun lalu tidak kesampaian apabila pasukan
dari Asia Barat itu menang dengan jaringan sama pada aksi Kelayakan Piala Dunia
2018/Piala Asia 2019 kelmarin.
Meskipun beraksi di Stadium
Antarabangsa Amman, Jordan, anak-anak buah Abdal Nasser Barakat itu tidak patah
semangat apabila selesa mendahului 3-0 pada separuh masa pertama sebelum
memastikan kemenangan bergaya 6-0 ke atas Malaysia.
Berhubung kekalahan terbaharu
itu, bekas pemain dan jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan tampil
meluahkan kekecewaannya sambil membidas aksi yang ditampilkan barisan bimbingan
Datuk Ong Kim Swee itu.
“Selepas kita menang 1-0 dengan
Timor Leste tempoh hari, kita jangkakan ada peningkatan dalam skuad negara,
namun ia sekadar impian kosong sahaja,” katanya ketika dihubungi Kosmo!
semalam.
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1114&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3rQ9VSXw2
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment