RABU, 4 NOVEMBER 2015 @ 2:09 PM
REAKSI puas penyerang
Manchester United, Wayne Rooney ketika meledak gol kemenangan ke atas CSKA
Moscow dalam perlawanan Kumpulan B Liga Juara-Juara di Old Trafford, awal pagi
tadi. - Foto REUTERS MANCHESTER: Pengendali Manchester United, Louis van Gaal
mengakui 'lega' selepas kaptennya, Wayne Rooney menamatkan kemarau 404 minit
tanpa jaringan kelab itu dengan kemenangan 1-0 ke atas kelab Russia, CSKA
Moscow dalam kempen Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. United melakar tiga
keputusan seri 0-0 dan hampir melakar sejarah mencatat seri tanpa jaringan buat
kali keempat sebelum jaringan Rooney menerusi tandukan pada minit ke-79 di Old
Trafford mengesahkan kemenangan buat tuan rumah.
Kemenangan menyaksikan United kini
menghuni kedudukan teratas Kumpulan B selepas mengumpul tujuh mata berbaki dua
perlawanan dengan CSKA terperosok ke tangga tercorot dengan empat mata.
"Saya fikir kami memang layak memperolehnya (kemenangan). Saya lega namun
turut bangga, kerana ia bukannya mudah," kata Van Gaal mengulas kemenangan
pertama kelab Inggeris itu bertemu kelab Russia dalam empat percubaan.
"Ketika
masa gemilang Manchester United, saya sudah membuat penyelidikan mereka tidak
pernah menang menentang kelab Russia di laman sendiri. "Semua orang fikir
adalah mudah buat Man United namun ia bukan mudah untuk satu-satu kelab menang
dalam Liga Juara-Juara." Penyerang England, Rooney dikritik hebat atas
prestasi longlai yang ditampilkan bersama kelab itu namun jaringan tunggalnya
berjaya menyamai rekod dipegang legenda Denis Law iaitu 237 gol bersama United.
Jumlah itu meletakkannya berkongsi
kedudukan kedua penjaring terbanyak dalam sejarah kelab itu dan hanya kurang 12
gol daripada rekod yang dipegang Bobby Charlton. Ditanya adakah dia akan
meneruskan sokongannya terhadap Rooney, Van Gaal membalas; "Ya, namun saya
menyokong semua pemain saya. Bukan saja Wayne Rooney, namun Wayne Rooney
sentiasa menjadi tumpuan jadi saya mesti menjawab segala soalan mengenainya.
Kini, sekali lagi.
"Namun Wayne adalah Wayne dan dia
sentiasa menyumbang dalam perlawanan. Saya amat gembira kerana saya
meletakkannya dalam posisi serangan dan dia menjaringkan gol. "Dan ia
adalah jaringan yang menakjubkan kerana persiapannya adalah menakjubkan,
terjahan Marcos Rojo, hantaran Michael Carrick, gelecekan Jesse Lingard diikuti
tandukan Rooney. Ia menakjubkan dan saya amat gembira dengan persembahan pemain
saya, juga dengan keputusan dan juga kami kini selaku pendahulu kumpulan."
Dalam satu lagi aksi Kumpulan B, kelab Belanda, PSV Eindhoven mencatat
kemenangan ke atas kelab Jerman, VfL Wolfsburg dengan kedua-duanya berkongsi
enam mata di kedudukan kedua dan ketiga. - AFP
Sumber :
http://www.bharian.com.my/node/94290
No comments:
Post a Comment