PENYERANG Leicester City, Jamie
Vardy meraikan jaringannya dalam perlawanan menentang Manchester United di
Stadium King Power, awal pagi tadi. - Foto REUTERS LONDON: Penyerang Leicester
City, Jamie Vardy mencatat sejarah apabila meledak jaringan ke-11
berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris ketika menentang Manchester United
di Stadium King Power, awal pagi tadi. Jaringan penyerang England pada minit
ke-24 itu menjelma selepas mendapat hantaran Christian Fuchs sebelum Vardy
merembat rendah melepasi jangkauan penjaga gol United, David de Gea.
Ia sekali gus memecah rekod
jaringan sebelum ini yang dikongsi Vardy bersama bekas penyerang United
sendiri, Ruud van Nistelrooy. Van Nistelrooy pantas mengucapkan tahniah kepada
Vardy dalam posting Twitter: "Syabas @vardy7! Anda kini nombor satu dan
anda layak untuknya. #11inarow." Ia juga jaringan Vardy ke-14 dalam liga
untuk musim ini yang menjadikan dia kini penjaring terbanyak liga. Bagaimanapun
jaringan Vardy itu tidak lama apabila Bastian Schweinsteiger menanduk masuk
untuk gol penyamaan United pada minit ke-46 selepas mendapat hantaran tendangan
sudut Daley Blind. - AFP
SUMBER :
http://www.bharian.com.my/node/100824
No comments:
Post a Comment