Berikut butiran sidang media
praperlawanan yang berlangsung di Hotel Landmark, Amman, Jordan, hari ini.
Ia menjelang perlawanan keenam Kumpulan A,
Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019, Palestin lawan Malaysia di Stadium
Antarabangsa Amman pada Khamis, 12 November 2015, sepak mula 4 petang (10 malam
waktu Malaysia).
Hadir pada sidang media berkenaan ialah ketua
jurulatih sementara skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee dan penjaga gol skuad
Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat serta ketua jurulatih Palestin,
Abdalnasser Barakat dan ketua pasukannya, Abdallatif Al Bahdari.
Pada pertembungan pertama kedua-dua pasukan di
Stadium Nasional, Bukit Jalil, 16 Jun lalu, Malaysia tewas 6-0 kepada Palestin.
Kedudukan Kumpulan A selepas lima perlawanan,
Arab Saudi di tangga teratas dengan 13 mata diikuti UAE (7), Palestin (6),
Malaysia (4) dan Timor Leste (2). Hanya UAE baru beraksi empat perlawanan.
Satu lagi perlawanan yang berlangsung esok,
UAE menanti kunjungan Timor Leste di Abu Dhabi.
KOMEN KETUA JURULATIH SEMENTARA
MALAYSIA, DATUK ONG KIM SWEE
"Kami tiba di Amman, Sabtu
lalu dan nampak para pemain sudah dapat menyesuaikan keadaan di sini sepanjang
lima hari ini untuk persiapan perlawanan esok.
"Memang kami tewas 6-0 kepada Palestin
sebelum ini tetapi setiap perlawanan takkan sama. Sudah tentu kami tak mahu
tewas lagi, lebih-lebih lagi dengan jaringan besar kerana ia sesuatu yang
menyedihkan.
"Kami memandang ke hadapan untuk
perlawanan esok. Tapi bukan mudah kerana pasukan Palestin cukup baik jika
dilihat mereka mampu mengikat UAE dan terbaharu seri 0-0 dengan Arab Saudi,
Isnin lalu.
"Persiapan terakhir pada sesi latihan
petang ini, tidak banyak berbeza. Saya percaya semua pemain sudah bersedia.
"Apa yang penting, kami perlu kekal fokus
dan pemain perlu benar-benar berdisiplin. Jika ia dapat dilakukan, kami pasti
boleh mencapai keputusan yang diinginkan."
Sumber-FAM online
No comments:
Post a Comment