OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Dalam Perang Dunia Kedua, Britain, Rusia, Perancis dan
Amerika Syaikat membentuk pakatan yang dikenali sebagai Kuasa Berikat. Jerman,
Itali dan Jepun pula mewujudkan pakatan yang dikenali sebagai Kuasa Paksi.
Peperangan ini meninggalkan kesan yang amat mendalam teutama dalam bidang
politik,ekonomi dan sosial
a.Penubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Selepas Perang Dunia Kedua, Pertubuhan Bangsa-Bangsa, PBB
ditubuhkan kerana kegagalan Liga Bangsa memainkan peanan berkesan untuk
menghalang pepeangan. Matlamat PBB ialah untuk memelihara keamanan dunia dan
menghalang peperangan, menggalakan kerjasama antarabangsa dalam bidang sosial
dan ekonomi serta memberi bantuan kemanusiaan dan mencegah wabak penyakit dalam
kalangan negara anggota.
b.Eropah tebahagi kepada dua blok
Selepas tamat Perang Dunia Kedua muncul dua kuasa besa
bahau iaitu Ameika Syarikat dan Soviet
Union. Kedua-dua kuasa tesebut berada dalam pakatan yang sana semasa Perang
Dunia Kedua. Persaingan kedua-dua kuasa dalam kancah Peang Dingin menyebabkan
dunia berpecah kepada tiga kelompok iaitu negara Pro-Amerika, Pro Rusia dan
Negara Berkecuali. Eropah terbahagi
kepada dua blok iaitu Eropah Timur yang pro-komunis dan Eropah Barat yang pro-demokrasi.
c.Dekolonisasi
Perang Dunia Kedua membangkitkan semangat kebangsaan
dalam kalangan penduduk Asia dan Afrika. Muncul gerakan untuk membebaskan tahan
air daripada penjajah bagi membentuk negara dan bangsa mereka sendiri.
Kos peperangan yang tinggi menyebabkan negara-negara
Eropah menghadapi masalah kewangan untuk menguruskan tanah jajahan. Selepas
tamat perang negara-negara Eropah memulakan poses dekolonisasi dengan membei
kemerdekaan kepada tanah jajahan mereka.Antara tahun 1945-1970 banyak tanah
jajahan di Asia dan Afrika mencapai kemedekaan.
d.Pepecahan Jerman
Perang Dunia Kedua menyebabkan perpecahan Jerman kepada
empat zon yang dikuasai oleh Britain, Perancis, Ameika Syarikat dan Rusia. Pada
bulan Disember 1946 , Britain, Perancis
dan Amerika Syarikat menggabungkan zon-zon mereka. Rusia membangunkan
Jerman Timur sebagai zon komunis. Pada bulan Mei 1949 Persekutuan Republik Jerman ditubuhkan
dan ibu kotanya di Bonn. Demokratik Jerman ditubuhkan pada bulan Oktober dengan
ibu kotanya di Berlin.
e. Jepun –Supreme Comander for the Allied Powers
Selepas menyerah kalah Jepun diduduki oleh Pihak Bersekutu.Pentadbian
ini dikenali sebagai Supreme Commader fot the Allied Powers (SCAP) yang berlangsung
dari bulan September 1945 hingga bulan April 1952. Pentadbiran SCAP dipimpin
oleh Jeneral Douglas MacAthur. Pembubaran angkatan tentera Jepun merupakan
objektif utama SCAP. Menjelang bulan Disember 1945, angkatan tentera daat, laut
dan udara Jepun telah dibubarkan. Hampir dua juta tentera Jepun kembali ke
dalam kehidupan awam. Tiga juta tentera Jepun dan tiga juta orang awam
diseberang laut telah dibawa pulang ke Jepun. Kilang-kilang senjata juga
dimusnahkan. Jepun dibangunkan semula
melalui SCAP sebagai sebuah kuasa ekonomi dunia.
f.Kematian dan kemusnahan harta benda.
Perang Dunia Kedua mengobankan banyak nyawa. Dianggarkan
600 000 rakyat Jerman terkoban akibat serangan bom. Manakala tenteranya
berjumlah 500 000 oang terbunuh dalam pertempuran. Kadar kehilangan nyawa yang
tinggi juga dialami oleh Rusia. Lebih kurang 7 juta orang awam dan 11 juta
orang tentera terkorban. Britain dan negara-negara Komanwel kehilangan 445 000
tentera, lebih separuh daripada jumlah itu ialah tentera Bitain. Amerika Syarikat
pula kehilangan 325 000 orang tentera. Jumlah keseluruhan orang awam dan
tentera yang terkorban ialah antara 25 juta hingga 30 juta orang.
g.Perang Dingin
Selepas tamat perang Amerika Syarikat dan Rusia muncul
sebagai kuasa besar dunia. Ameika Syaikat memperjuangkan penubuhan kerajaan demokrasi di Eropah Barat . Rusia berjuang
untuk mengasaskan pemerintahan komunis di negara-negara Eropah Timur.
Pertentangan ini menyebabkan hubungan kedua-dua kuasa besar ini semakin tegang
sehingga mencetuskan Perang Dingin. Semasa Perang Dingin belangsung, kedua-dua
kuasa besar ini menggunakan pelbagai pendekatan untuk mengukuhkan ideologi dan
pengaruh masing-masing.
Kesimpulannya, Perang Dunia Kedua meninggalkan kesan yang
mendalam dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Perang ini menyebabkan
Amerika Syaikat dan Rusia muncul sebagai kuasa besar dunia. Hubungan tegang
antara kedua-dua kuasa besa dunia ini menyebabkan tercetus Perang Dingin yang
berlarutan hingga tahun 1989.
No comments:
Post a Comment