PENGENALAN
Persekutuan merupakan gabungan beberapa
wilayah atau negeri di bawah satu perlembagaan pusat. Sistem persekutuan adalah satu sistem
pemerintahan yang mengandungi dua kerajaan iaitu kerajaan pusat dan negeri
yang mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam perkara tertentu. Persekutuan
Amerika dibentuk paa 4 Julai 1776.
Apabila Kongres meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan di Philadelphia.
Amerika Syarikat mengamalkan sistem Demokrasi Berperwakilan. Di bawah perlembagaan ini sebuah kerajaan
persekutuan akan diwujudkan, Kerajaan
pusat menguasai perkara-perkara penting seperti dasar luar negeri, pertahanan,
cukai dan mata wang, Hal-hal
tempatan terletak di bawah bidang kuasa negeri masing-masing dan Pentadbiran kerajaan akan dibahagi
kepada eksekutif, perundangan dan kehakiman.
ISI
PILIHANRAYA
1. PERLEMBAGAAN
NEGARA
Pada Julai 1776, kongres
yang bersidang di Philadelphia telah meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan
Amerika yang ditulis oleh Thomas Jefferson. Melalui pengisytiharan ini, 13
koloni telah digabungkan menjadi Amerika Syarikat yang merdeka. Kekalahan demi
kekalahan yang dialami oleh tentera Britian seperti di Saratoge (1777) dan
Yorktown (1781). Pada tahun 1783, perang telah ditamatkan melalui Perjanjian
Versailles iaitu Britian mengakui kemerdekaan Amerika Syarikat dan menyerahkan
kesemua 13 tanah jajahannya dan bermulalah proses kewujudan Amerika sebagai
sebuah negara Persekutuan
Amerika merupakan satu-satunya negara di
dunia yang mengamalkan pemerintahan bercorak Presiden-Kongres. Sistem
pemerintahan Amerika turut mengamalkan pengasingan kuasa dengan tujuan untuk
mengawal dan menyeimbang tiga cabang kuasa iaitu legislative, eksekutif dan kehakiman supaya
kuasa sebenar pemerintah negara tidak tertumpu pada satu badan atau individu
tertentu sahaja. Tugas setiap badan digalurkan secara terperinci di dalam
perlembagaan yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Konsep pengasingan kuasa ini bertujuan menjamin
hak dan kebebasan, keadilan dan untuk mempertahankan system demokrasi. Oleh
kerana Amerika pernah berada di bawah Britain
yang mengamalkan pemerintahan beraja dan kuasa mutlak, maka Bapa-bapa
Kemerdekaan Amerika seperti Benjamin Franklin, George Washington, John Adams,
Alexander hailton, James Madison dan George Mason yang menggubal perlembagaan
ini iaitu Undang-Undang Hak (Bill of Rights) memastikan tidak ada peluang yang
wujud bagi memungkinkan pemerintahan dictator dalam politik dan pemerintahan
negara. Antaranya ialah memberi kebebasan beragama, kebebasan bersuara dan
kebebasan berakhbar. Menurut perlembagaan kerajaan pusat menguasai
perkara-perkara yang penting seperti dasar-dasar luar negeri, pertahanan, cukai
dan mata wang. Manakala hal-hal tempatan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan
negeri masing-masing.
Perlembagaan Persekutuan juga membenarkan
kerajaan negeri menggubal undang-undang berkaitan adat dan undang-undang
tempatan.
STRUKTUR
KERAJAAN PERSEKUTUAN
Struktur kerajaan
persekutuan Amerika Syarikat terdiri daripada tiga badan utama iaitu Eksekutif,
Perudangan dan Kehakiman. Menurut perlembangan Persekutuan Amerika, Badan
Eksekutif diterajui oleh Presiden.
PRESIDEN
Presiden Amerika Syarikat dipilih untuk tempoh
empat tahun. Selepas tamat tempoh perkhidmatan presiden boleh dilantik semula
untuk penggal kedua juga selepas empat tahun. Segala urusan pentadbiran negara
Amerika dipusatkan kepada Presiden. Dalam hal ini Presiden memegang kuasa yang
begitu tinggi dan unggul. Demokrasi perwakilan yang diamalkan oleh Amerika
menyaksikan penyerahan kuasa yang banyak ke tangan Presiden. Tempat presiden
akan diambilalih oleh Naib Presiden jika beliau meninggal dunia atau meletak
jawatan sehingga cukup tempoh untuk diadakan pilihan raya semula. Kuasa seorang
Presiden cukup besar termasuk menjadi ketua turus angkatan tentera, merunding
perjanjian, menerima duta asing, mencalonkan pegawai tinggi persekutuan
termasuk hakim persekutuan, mempunyai kuasa pembatal undang-undang, mentadbir
undang-undang persekutuan, mengampun kan orang perseorangan yang bersalah di
peringkat persekutuan dan akhir sekali mentadbir kongres dan negara.
Kuasa Presiden juga kadang kala mengatasi kuasa
Kongres apabila berupaya mengistiharkan peperangan terhadap negara luar,
sedangkan tugas ini berada di bawah Kongres. Presiden walau bagaimanapun boleh
dipecat jika terlibat rasuah, pengkhianatan atau jenayah besar maka Dewan
berhak untuk mendakwa Presiden. Dewan Perwakilan mesti mendapat sokongan 2/3
dalam dakwaan rasmi. Presiden akan didakwa di Dewan Senat dan perbicaraan
diketuai oleh Ketua Hakim Mahkamah Agung. Kesimpulannya Presiden mempunyai
kuasa yang kuat dalam menjalankan tugasnya meliputi Kabinet-Eksekutif,
Pengurusan Rumah Putih dan sebagainya. Bahkan Presiden boleh dikatakan sebagai
pusat pentadbiran negara bagi Amerika Syarikat yang meliputi kuasa seperti Yang
Di Pertuan Agong dan Perdana Menteri di Malaysia.
Badan Perundangan(Legislatif)
Badan Perundangan(Legislatif)
Amerika dikenali sebagai Kongres. Tugas utama Kongres adalah menggubal
undang-undang. Kongres terdiri daripada Dewan Rakyat(Perwakilan) dan Dewan
Senat. Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Senat dipilih oleh rakyat. Tiap-tiap negeri
akan memilih dua ahli bagi Dewan Senat. Tiap-tiap negeri juga memilih ahli
Dewan Rakyat mengikut jumlah penduduknya. Kongres pada dasarnya mempunyai kuasa
yang kuat dalam politik Amerika. Dewan Perwakilan (House of Representative)
mempunyai 435 ahli dan ianya mengikut saiz dan kapasiti penduduk sesebuah
negeri Amerika. Setiap ahlinya dipilih
untuk mewakili 30 000 orang rakyat bagi tiap-tiap dua tahun. Bagi mereka
yang berjaya akan mendapat keistemewaan seperti tidak boleh didakwa di mahkamah
serta tidak boleh menjadi saksi atau juri bagi apa juga kes di mahkamah. Dewan
Perwakilan empat kali lebih besar dari Dewan Senat. Anggota dewan berhak untuk
membawa sebarang usul ke Kongres, berkuasa menggubal undang-undang biasa,
meminda perlembagaan dan memberi kebenaran kepada sebuah negeri baharu yang
mahu menyertai persekutuan. Dewan ini turut berkuasa menentukan Presiden jika
timbul kekurangan majoriti undi calon Presiden dalam pilihanraya. Dewan
Perwakilan mempunyai peraturan sendiri iaitu Jawatankuasa Peraturan Dewan atau
House Rules Committee.
Ahli Dewan Senat
dipanggil Senator. Ahli-ahlinya berjumlah 100 orang iaitu kira-kira dua orang
bagi setiap negeri. Senator akan berkhidmat selama 6 tahun. Mereka yang dipilih
akan berkhidmat selama enam tahun dan mestilah berumur 30 tahun serta
bermastautin di kawasan yang diwakili dan menjadi warganegara
sekurang-kurangnya sembilan tahun. Dewan Senat diketuai oleh Timbalan Presiden
Amerika. Dewan Senat mempunyai
kuasa pemutus undang-undang kewangan dan berupaya untuk menolak atau pun
menerima rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan perwakilan. Dewan ini
turut berperanan dalam pemilihan Presiden yang mana pengesahan Dewan Senat
diperlukan untuk tujuan tersebut. Sekalipun kedua-kedua Dewan mempunyai
perbezaan namun kedua-duanya memainkan peranan yang begitu bermakna dalam
pentadbiran Amerika
Badan Kehakiman
Badan Kehakiman Amerika
terdiri daripada Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah lain. Ia merupakan
sebuah badan yang bebas. Mahkamah boleh mengambil tindakan terhadap Presien
sekiranya beliau melanggar perlembagaan.
Di Amerika sistemm kehakiman terbahagi kepada dua iaitu Mahkamah
Persekutuan dan Mahkamah Negeri. Mahkamah Negeri mempunyai kuasa kehakiman bagi
semua kes yang melibatkan undang-undang negeri kecuali terdapat percanggahan
antara undang-undang negeri dengan persekutuan. Mahkamah Negeri berfungsi untuk
menghakimi perkara yang bersangkutan dengan penetapan hak-hak di bawah
perlembagaan negeri. Badan Kehakiman i Amerika mempunyai kuasa untuk mengistiharkan
tindakan-tindakan kongres, keputusan presiden, tindakan diplomasi ataupun
syarat-syarat perjanjian mahupun dokumen undang-undang di sesetengah perudangan
negeri sebagai melanggar Perlembagaan.
KESIMPULAN
Selepas mencapai
kemerdekaan perlembagaan baharu telah digubal bagi 13 buah koloni tanah jajahan
pada tahun 1789. Perlembagaan Amerika memperuntukan penubuhan sebuah kerajaan
persekutuan. Struktur kerajaan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
Eksekutif, Perundangan dan kehakiman. Dalam Pilihanraya pertama George
Washington telah dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat. Beliau telah
mengambil langkah untuk mewujudkan perpaduan antara negeri-negeri dalam
Persekutuan. Dalam usaha menjalankan dasar perluasan kuasa Amerika telah
berjaya meluaskan wilayah melalui pembelian, perjanjian dan peperangan.
Menjelang aba ke-19 Amerika berkembang menjadi sebuah negara yang terdiri
daripada 50 buah negeri.
SUMBER-SKEMA PP P1 PAHANG
No comments:
Post a Comment