Ad

Wednesday 25 November 2015

Kamaruddin julang Johor

SITI NOOR SEPEE
14 NOVEMBER 2015
Kamaruddin julang Johor
Kamaruddin julang Johor Barisan skuad Jengking yang mengharumkan nama Johor.
MASIHKAH penyokong bola sepak tanah air khususnya Johor ingat kejayaan Johor merangkul Piala Malaysia kali pertama pada tahun 1985?

Mengimbau kehebatan skuad Jengking ketika itu berjaya menjulang piala berprestij itu selepas menewaskan Kuala Lumpur 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Di saat itu, Johor berjaya membawa pulang Piala Malaysia pertama kali ke negeri ini selepas 64 tahun sekali gus melakar sejarah tersendiri dalam arena bola sepak tempatan.

Antara wira Johor pada saat itu adalah Mohd Khalid Shahdan yang dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan termasuk Nasir Yusof dan tidak lupa kapten pasukan itu Kamaruddin Ahmad.

Ultras Sinar berpeluang bertemu dengan Kamaruddin, 58, yang kini bergerak bersama Nasir sebagai freelance coaching (jurulatih bebas) di Johor.

Bangga kejayaan JDT

Beliau secara peribadi turut berbangga apabila kejayaan demi kejayaan membanggakan diraih Johor Darul Ta’zim (JDT) termasuk terkini menjulang Piala AFC adalah hasil perubahan dilakukan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Sebagai jurulatih bebas saya turut berpeluang ke luar negara termasuk Jepun untuk melihat sendiri pembangunan bola sepak negara itu. Saya dapati pasukan di negara itu turut mendapatkan tonggak daripada pemain import.

“Ia secara tidak langsung mampu menarik penyokong ke stadium..justeru apa yang dilakukan JDT juga adalah langkah tepat untuk menarik penyokong menyaksikan perlawanan di stadium disebabkan itu Harimau Selatan kebal di laman sendiri.

“Begitu juga ketika yang kami lalui ketika beraksi..apabila melihat penyokong memenuhi stadium semangat juang akan menjadi luar biasa,” katanya yang juga bapa kepada bintang JDT II, Kamarul Afiq.

Bersara awal

Menceritakan mengenai kariernya, bapa kepada lapan cahaya mata ini memaklumkan bersara daripada bola sepak selepas skuad Jengking tewas 1-6 kepada Selangor pada final Piala Malaysia 1986.

Susulan kekalahan itu, pelbagai kontroversi timbul menyebabkan Kamaruddin mengambil keputusan bersara dan memulakan karier selaku jurulatih bola sepak.

Sepanjang kariernya, Kamaruddin pernah dinobatkan Olahragawan Negeri Johor tahun 1985 selain membantu pasukan kebangsaan muncul juara Pesta Bola Merdeka 1985 menewaskan Jepun.

Sebelum mengambil keputusan menggantung but, Kamaruddin pernah mewakili negara pada Sukan Sea edisi 1985 dan meraih pingat gangsa.

Dalam bidang kejurulatihan beliau pernah menggalas tanggungjawab sebagai peneraju pasukan bawah 18 negeri Johor selain menjadi Pembantu Fifa Technical Studied di pertandingan Piala Dunia Remaja 1997 di Malaysia.

SUMBER SINAR HARIAN 14 NOVEMBER 2015

No comments:

Post a Comment