Ad

Tuesday, 3 November 2015

Dollah kembali?

 
DOLLAH dijulang oleh para pemain PDRM selepas muncul juara Liga Premier musim 2014.

KETIKA mengumumkan peletakan jawatan selaku ketua jurulatih skuad Harimau Malaya pada 5 September lalu, Dollah Salleh dengan tegas menyatakan untuk bersara terus daripada arena bola sepak.

Jurulatih yang telah membawa skuad Harimau Malaya itu melangkah ke final Piala AFF Suzuki 2014 telah membuat keputusan melepaskan jawatannya ekoran kekalahan 10-0 pasukan kebangsaan kepada Emiriyah Arab Bersatu pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 di Abu Dhabi pada 3 September lalu.

Setelah sepi sejak tiga bulan lalu, kini timbul khabar angin yang mengatakan bekas majikan Dollah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahu mendapatkan kembali khidmat bekas jurulatih mereka itu yang telah membawa skuad The Cops muncul juara Liga Premier musim 2014.

Ekoran prestasi hambar dipamerkan skuad PDRM sejak kebelakangan ini, pihak pengurusan pasukan tersebut dikatakan mahu memujuk Dollah kembali mengendalikan skuad The Cops.

Menurut sumber dalaman skuad PDRM, pihak pengurusan dilaporkan kurang berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan oleh pasukan tersebut kebelakangan ini sehingga timbul desas-desus untuk memujuk Dollah kembali ke pangkuan pasukan.

Dollah meninggalkan PDRM pada Jun 2014 selepas dilantik menjadi ketua jurulatih Harimau Malaya awal tahun ini.

Tugas selaku jurulatih PDRM diambil-alih oleh Azman Adnan, namun pihak pengurusan PDRM turut menamatkan kontrak Azman ekoran prestasi buruk dicatatkan oleh skuad tersebut.

Tugas selaku pengendali telah diserahkan kepada Fauzi Pilus sehingga kini.

PDRM yang masih bersaing pada kempen Piala Malaysia musim ini sekadar menduduki tangga tercorot Kumpulan D dan peluang mereka untuk layak ke suku akhir dilihat sukar.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1103&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3qQtnhkbt Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment