14 November 2015 12:09 AM
Ketibaan skuad bola sepak
Harimau Muda di KLIA, Sepang di sini
KETIBAAN skuad bola sepak
Harimau Muda di KLIA, Sepang di sini hari ini. UTUSAN/Suriya Bonma
KUALA LUMPUR – Empat pemain
digugurkan dan empat akan dibawa masuk bagi menguatkan cabaran Malaysia dalam
aksi ketujuh kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 bertemu Emiriyah Arab
Bersatu (UAE) di Stadium Shah Alam, Selasa ini.
Menurut pengendali sementara,
Datuk Ong Kim Swee keputusan sukar itu terpaksa dilakukan ekoran kecederaan
yang dialami dua tonggak pertahanan, Razman Roslan dan Nazirul Naim Che Hashim,
selain Amri Yahyah yang menerima dua kad kuning dan Ahmad Hazwan Bakri yang
bakal melangsungkan perkahwinannya.
“Saya terpaksa melakukan
rombakan kecil dalam pasukan dengan memanggil empat pemain yang sebelum ini
berada dalam senarai menunggu,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.
Empat yang dipanggil adalah
Safee Sali, Jasazrin Jamaludin (Johor Darul Ta’zim), Baddrol Bakhtiar (Kedah)
dan Mohammad Azamuddin Akil (Pahang).
Safee sebelum ini tidak dibawa
ke Jordan susulan digantung satu perlawanan kerana menggutip dua kad kuning,
manakala Baddrol dan Azamuddin diberi pengecualian oleh Kim Swee kerana
melangsungkan perkahwinan dan menyambut kelahiran anak.
“Mereka (empat pemain baru
dipanggil) dijangka melaporkan diri esok (hari ini) dan saya mengharapkan
pemain ini memberi nafas baru, terutama dari segi kecergasan supaya dapat
membantu kita untuk melakarkan beberapa aspek taktikal lain.
“Kita tahu Safee Sali amat
penting begitu juga Badrol Bahtiar yang sudah bermain sebanyak dua bersama
pasukan sebelum aksi Palestin bersama saya. Mereka ini adalah tonggak utama
kita, malangnya Amri tidak dapat bersama namun saya percaya pemain ini boleh
membawa impak lebih baik,” katanya.
Kelmarin, skuad kendalian Kim
Swee mengalami kekalahan keempat dalam kumpulan A apabila sekali lagi dibelasah
oleh Palestin 0-6 di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan sekali gus menyaksikan
peluang Malaysia untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia 2019 kian sukar.
“Dari segi keputusan memang
mengecewakan, kita gagal mempertahankan gawang selepas bermain baik sepanjanh 35 minit pertama.
“Secara keseluruhan kita gagal
mengawal keadaan dari segi hantaran-hantaran jauh serta beberapa faktor lain.
“Saya dah cakap beberapa kali,
kita kena realistik di mana kita bermain dengan negara-negara yang sudah berada
setakuk di depan malah jurang kita agak jauh sekarang,” katanya.
Ketika ditanya mengenai
pasukannya yang akan beraksi tanpa penyokong di halaman sendiri minggu depan,
beliau berkata: “Ia suatu suasana baru bagi saya kerana sebelum ini saya tidak
pernah bermain tanpa penyokong.
“Saya tidak pasti ianya akan
memberi kelebihan atau tidak kerana kita tahu penyokong juga elemen cukup
penting.”
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kim-swee-gugur-empat-pemain-1.157939#sthash.IzdGSQgc.dpuf
No comments:
Post a Comment