Ad

Saturday, 21 November 2015

Chong Wei ke akhir Terbuka Hong Kong

Oleh Ferzalfie Fauzi-ferzalfie@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei tidak berdepan masalah untuk mara ke perlawanan akhir Siri Super Terbuka Hong Kong selepas menumpaskan wakil tuan rumah, Ng Ka Long pada aksi separuh akhir malam tadi.

Chong Wei mencatat kemenangan 21-19, 21-14 dalam perlawanan yang berlangsung selama 46 minit di Hong Kong Coliseum.

Menanti Chong Wei dalam saingan akhir esok adalah pemain China Tian Houwei yang sebelum itu mengalahkan Anthony Ginting dari Indonesia, 18-21, 21-11, 21-6.

Chong Wei hanya pernah bertemu Houwei sekali saja pada separuh akhir Terbuka Australia 2013, namun dia tumpas 19-21, 21-17, 18-21.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 November 2015 @ 8:36 PM

- SUMBER: http://www.hmetro.com.my/node/94751#sthash.000wkxa5.dpuf

No comments:

Post a Comment