Ad

Friday, 27 November 2015

Kim Swee akui tidak tercabar

 
KIM SWEE (kiri) sudah bersedia dengan apa juga keputusan yang akan dicapai oleh FAM berhubung masa depannya dengan skuad negara.

JURULATIH sementara skuad bola sepak kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee tidak berasa tercabar apabila namanya antara tiga calon yang disenaraikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membimbing skuad Projek Sukan SEA 2017.

Dua lagi calon lain ialah jurulatih berasal dari Jerman yang turut memohon untuk mengisi jawatan tersebut.

Menariknya, Kim Swee tidak menghantar permohonan untuk jawatan jurulatih skuad muda negara itu kerana beliau lebih berminat dengan jawatan tetap mengendalikan skuad se­nior.

Begitupun, FAM telah­ menyenarai pendek na­manya bersama dua lagi calon dari Jerman untuk jawatan tersebut.

Berita tersebut tidak memberi sebarang tekanan kepada Kim Swee, sebaliknya pengendali yang berasal dari Melaka itu tetap bersedia sekiranya FAM memberi kepercayaan kepadanya untuk mengendalikan skuad ter­sebut yang akan menggalas cabaran negara pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur nanti.

Ini kerana, Kim Swee memiliki pengalaman menerajui skuad Sukan SEA negara sejak tahun 2011, 2013 dan 2015.

Tindakan FAM itu sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya pe­mi­nat-peminat bola sepak tempatan kerana Kim Swee antara nama yang disebut-sebut untuk menjadi jurulatih tetap skuad senior negara.

Mengulas lebih lanjut, Kim Swee mengakui beliau tidak mahu memikirkan perkara tersebut, sebalik­nya menyerahkan segala keputusan kepada FAM.

“Saya fikir FAM membuat penilaian berdasarkan pengalaman saya membimbing pasukan muda negara dalam tiga temasya Sukan SEA iaitu di Jakarta (2011), Myanmar (2013) dan yang terbaharu di Singapura.

“Selagi saya mampu memberikan pandangan demi kebaikan bola sepak, saya tidak merasakan ia akan memberikan kesan buruk kepada saya, sebaliknya saya menerima apa juga keputusan FAM de­ngan hati yang terbuka.

“Ramai mengetahui bahawa saya hanya mengemukakan permohonan un­tuk jawatan jurulatih skuad kebangsaan Malaysia tetapi seperti saya katakan tadi, saya telah bersedia untuk membantu menaikkan bola sepak negara jika khidmat saya diperlukan,” kata Kim Swee ketika dihubungi Kos­mo! semalam.

Kosmo! semalam me­laporkan, Kim Swee bersama dua lagi calon dari Jerman telah disenarai pendek oleh FAM untuk dilantik menjadi jurulatih skuad Projek Sukan SEA 2017 nanti.

FAM telah menerima 50 permohonan dari dalam dan luar negara sejak ja­watan itu diiklankan pada Ogos lalu.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3sgob6VH1 Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment