Ad

Sunday 22 November 2015

Amirizdwan, Wan Zack sertai Terengganu musim depan?

Oleh Faizul Azlan Razak bhsukan@bh.com.my Wan Zack Haikal Wan Noor dan Amirizdwan Taj Tajuddin. KUALA TERENGGANU:
 Dua tonggak Kelantan, Amirizdwan Taj Tajuddin dan Wan Zack Haikal Wan Noor kini dikaitkan dengan Terengganu musim depan. Penghijrahan dua pemain kebangsaan itu menjadi berita terhangat di laman sosial terutama di Facebook penyokong skuad Penyu. Malah, lebih menguatkan spekulasi mereka menyarung jersi Terengganu apabila kelibat Amirizdwan terserempak dan bergambar dengan penyokong di bandar raya ini.

Begitupun, sama ada bekas pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tonggak Harimau Muda A berada dalam radar skuad Penyu masih belum dapat disahkan. Spekulasi perpindahan dua pemain itu selepas pasukan jiran dengan jolokan The Red Warriors yang kini berdepan masalah kewangan. Sementara itu, BH Online mahu mendapatkan pengesahan daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengenai spekulasi itu, namun mereka enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Setiausaha Agung PBSNT, Arpin Draman, berkata pihaknya sedang melakukan yang terbaik untuk membentuk skuad Penyu bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M), musim depan. Katanya, pihaknya tidak mahu mengeluarkan kenyataan selagi tiada keputusan muktamad dimeterai antara kedua-dua pihak. "Jadi, kita sedang melakukan yang terbaik untuk pasukan Terengganu sama ada pelantikan ketua jurulatih dan pemain baharu," katanya
Sumber : http://www.bharian.com.my/node/99108


No comments:

Post a Comment