Oleh Ferzalfie
Fauzi
ferzalfie@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pemain
perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya mara ke separuh akhir
Terbuka China apabila mengalahkan Jan O Jorgensen dari Denmark dalam aksi suku
akhir sebentar tadi.
Bagaimanapun, Chong Wei
terpaksa mengharungi aksi sehingga ke rubber set sebelum mencatat kemenangan
21-11, 11-21, 21-10 ketika berdepan pilihan kedua kejohanan itu.
Bekas pemain nombor satu dunia itu
akan bertemu musuh tradisi dari China, Lin Dan untuk aksi separuh akhir esok.
Sebelum itu, Lin Dan juga
terpaksa beraksi sehingga ke rubber set sebelum mengalahkan wakil Hong Kong, Hu
Yun 21-8, 10-21, 21-17.
Kali terakhir Chong Wei bertemu
Lin Dan ialah September lalu di pusingan kedua Terbuka Jepun yang menyaksikan
pemain negara itu kalah 17-21, 10-21.
Artikel ini disiarkan pada :
Jumaat, 13 November 2015 @ 9:53 PM
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/92898#sthash.vleXIBa1.dpuf
No comments:
Post a Comment