Ad

Thursday, 12 November 2015

Harimau Malaya tiada pilihan, harus benam Palestin hari ini

KHAMIS, 12 NOVEMBER 2015 @ 8:00 AM
Harimau Malaya tiada pilihan, harus benam Palestin hari ini
Daripada Mohd Fitrie Muhamad Fitrie@bh.com.my KETUA

Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee. - Foto Osman Adnan AMMAN: Detik penentu! Itu gambaran mudah yang boleh menjelaskan aksi Kumpulan A antara skuad Harimau Malaya dan Palestin pada kempen kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Antarabangsa Amman, di sini, hari ini.

Jika mahu mengekalkan peluang sekurang-kurangnya ke pusingan ketiga kempen kelayakkan, skuad Datuk Ong Kim Swee tidak boleh pulang dengan tangan kosong. Sejak aksi pertama Kim Swee selaku pengendali sementara ketika pertemuan dengan Arab Saudi 8 September lalu, skuad Harimau Malaya bertambah baik dan diakui sendiri oleh pengendali Palestin, Abdel Nasser Barakat.

"Saya sudah lihat perlawanan mereka dengan Arab Saudi dan barisan kejurulatihan sudah membuat analisis permainan mereka. Namun kita ada perancangan kita sendiri. Yang penting pemain harus bersedia dan tahu secara menyeluruh apa yang perlu dilakukan dan berharap corak yang diterapkan ketika latihan dapat diterapkan dalam permainan sebenar," kata Kim Swee semalam.

Pada aksi pertama di Bukit Jalil 16 Jun lalu, skuad negara dibelasah 6-0 dan pastinya pertemuan timbal balik ini menjadi pentas untuk pemain membuktikan sesuatu. Ia harus dimanfaatkan ketika Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menerima rayuan untuk perlawanan diadakan di gelanggang berkecuali di Aman berbanding jadual asal di Stadium Dura, Hebron.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/96273

No comments:

Post a Comment